Khamis, 9 April 2009

Azilah, Sirul dihukum gantung bunuh Altantuya


KUALA LUMPUR: Dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, tiga tahun lalu. Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Prosiding perbicaraan kes bunuh Altantuya masuk hari ke-160 hari ini.


Pada 31 Oktober 2008, Abdul Razak Abdullah Baginda dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan bersubahat dengan kedua-dua tertuduh kerana membunuh Altantuya.



-BH ONLINE-
Komen Nur12: Walaupun pembela gagal menimbulkan keraguan munasabah tapi rakyat tetap merasa ragu yang melampaui tahap munasabah.Kes tetap misteri apabila watak-watak utama gagal dihadapkan ke muka pengadilan.Mahkamah Najib belum tentu betul atau salah.Mahkamah Allah jualah yang Maha Adil.Adil seadilnya.

Tiada ulasan: