Khamis, 5 Februari 2009

TINDAKAN ADUN JELAPANG AKAN DICEMOH 3 GENERASI

Tindakan ADUN Jelapang Hee Yit Fong mengumumkan keluar dari DAP dan menyertai Bebas tetapi menyokong BN adalah tindakan yang saya yakin akan mencapat cemohan , ejekan, dan penghinaan bagi 3 generasinya.Saya dimaklumkan beliau telah berjuang dengan DAP selama 20 tahun dan kemuncak cari karear politiknya beliau yang merupakan dari seorang kerani dipilih oleh DAP bertanding di DUN Jelapang seterusnya dipilih sebagai Timbalan Speaker Perak.Baru-baru ini dalam pertemuan tertinggi PR bersama ADUN di Kediaman MB Perak, YB. Dr. Lee Boon Cai menyatakan sekira Hee keluar dari DAP dan PR dia akan dicemoh oleh 3 generasinya.Tindakanya dan tindakan yang lain saya anggap membunuh karear politiknya sendiri. Walau apapun yang beliau dapat dengan tawaran menyertai BN, sesungguhnya dalam pilihanraya akan datang rakyat sudah menunggu untuk menghukum Hee. analisa keputusan pilihanraya yang lepas boleh memberi jawapan kepada kita.
N31 JelapangHee Yit Soong (DAP) 12219
Loh Koi Pin (BN) 5512
M. Saraswathy (Bebas) 1275....
Majoriti 6707
YB KHALIL IDHAM LIM
ADUN TT.SERONG

Tiada ulasan: