Ahad, 2 Ogos 2009

Catatan semalam..

Pagi ini sepatutnya saya berada di Bagan Serai sempena Himpunan Bubar Dun Perak anjuran Dewan Pemuda Pas Perak.Hasrat ini terpaksa saya batalkan.Saya baru saja sampai di rumah (Sri Manjung) sekitar jam 9 pagi tadi setelah kelmarin sepanjang hari hingga ke malam berada di KL.

Ikut rancangan selepas tamat Himpunan Aman Mansuh ISA terus ingin kembali ke Sri Manjung.Tetapi rancangan tergendala.

Beberapa orang kawan saya yang 1 rombongan dengan saya dicekup polis sebelum himpunan bermula.Ikut jadual himpunan akan bermula jam 2 petang.Belum apa-apa lagi soldadu BN telah bertindak.

Kami pada mulanya berada di Masjid Negara.Sekitar jam 10 pagi kami diarahkan mengosongkan kawasan sekitar masjid oleh polis berpakaian 'freeman'.Kerana tidak mahu melawan kami akur dengan arahan bersurai.Ketika itu hampir 1000 orang sedang berada di sekitar masjid.

Oleh kerana tiada pilihan lain kami bergerak ke Sogo.Ketika sampai sudah ramai orang berada di sana dalam keadaan mundar-mandir.Para aparat soldadu pun ramai juga.Kami dimaklumkan sudah ramai yang ditangkap terutama yang berpakaian merah-hitam.Pimpinan pun ramai yang ditangkap.Saya sempat melihat beberapa pimpinan muslimat termasuk isteri tahanan ISA yang ditangkap polis ketika berada di sekitar Kompleks Sogo.

Kami mula meningkatkan tahap keselamatan diri masing-masing.Soldadu memang lain macam kali ini.Tapi ini sedikit pun tidak melunturkan semangat kami.Makin semangat lagi ada..

Untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku kami mengambil keputusan untuk 'window' dibebrapa pusat perniagaan berdekatan.Dari satu kedai ke satu kedai kami jelajah.Bukan ada duit pun.Hanya untuk memenuhi masa dan untuk elakkan dicekup soldadu.

Ketika itu orang semakin ramai.Sesiapa yang berpakain merah-hitam akan ditangkap.Dan makin ramai yang ditangkap.Daripada komplek Pertama kami cuba memasuki Sogo.Ramai soldadu berlegar dihadapan pintu utama Sogo.Kami berjaya masuk ke Sogo.Kelihatan ramai juga pimpinan sedang 'bersembunyi' dalam Sogo.

Ketika itu jam menunjukkan 12.30 tengahari.Oleh kerana terlalu ramai berada dalam Sogo kami ambil keputusan untuk keluar ke tempat lain.

Ketika dalam perjalanan keluar dari Sogo inilah sahabat saya (S/u Dppkl) dicekup soldadu.Saya dan sahabat yang lain tergaman seketika.Inilah perkara yang tidak diingini tapi berlaku juga akhirnya.

Sahabat saya tadi dicekup 2 soldadu berpakaian seragam.Saya memberanikan diri menerpa ke arah soldadu untuk melepaskannya dari cengkaman soldadu tadi.Tidak terdaya saya.Saya bertanya kepada soldadu kenapa dia ditahan.Apa salah dia?Tinggi juga suara saya.Mereka menjawab telah diarah oleh pegawai atasan berbuat demikian.

Sahabat saya tadi dinaikkan ke atas lori soldadu yang tersedia menunggu.Ketika itu saya lihat sudah ramai berada di dalam.Saya berkesempatan berbual dengan sahabat saya dan minta dia 'cool'.Dia memang 'cool',bahkan dia minta kami teruskan himpunan hingga selesai.Saya sempat berpesan supaya segera maklumkan jika ditahan di mana-mana balai polis supaya senang untuk di'follow'.

Jam sudah 1.30 teganhari.Orang semakin ramai.Laungan 'mansuh ISA' sudah mula kedengaran.Ketika itulah saya mendapat berita 2 orang lagi sahabat saya ditahan.Sdr Walif (S/u unit amal) dan Ust Syed (Ajk Dppkl).

'Darah' dah mula naik.Saya terpaksa melupakan sahabat saya yang ditahan.lagipun bateri HP sudah 'kong'.

Saya menggabungkan diri bersama ribuan para himpunan aman.Jumlah semakin besar dan semakin membesar.

Soldadu bersenjata bom asap telah mengepung segenap penjuru menghala ke Istana Negara.Sekitar jam 2.30 petang bom asap mula dilepaskan ke arah peserta himpunan.Satu demi satu bom dilepaskan.Ketika inilah kelihatan pemilik-pemilik premis perniagaan sama ada besar atau kecil menutup kedai-kedai mereka.

Siapa yang merusuh sebenarnya?Siapa yang menakutkan orang awam sebenarnya?Siapa yang menyebabkan kedai-kedai ditutup?Siapa yang menyebabkan ada dikalangan orang awam yang pengsan?Siapa...siapa...siapa??

Walau pun soldadu bertubi-tubi melepaskan gas pemedih mata,tetapi himpunan tetap aman.Tiada sebarang tindak balas ke atas para soldadu.Tiada yang merusuh.

Selepas beberapa ketika keadaan kembali tenang.Soldadu menghentikan tembakan.Semua jalan-jalan utama ke Istana Negara dikepung hebat.Tiada lansung ruang untuk ke sana.Ketika ini kelihatan beberapa pimpinan sedang memulakan ucapan.Antaranya yang saya sempat lihat ialah Cif Komender Himpunan,Salahudin Ayub,Pengerusi GMI Sdr. Syed Noh dan beberapa lagi.Setiap ucapan disambut dengan laungan 'Mansuh ISA'.

Selesai saja pimpinan berucap soldadu sekali lagi bertindak ganas.Merekalah yang menghuru-harakan keadaan.Tembakan demi tembakan dilepaskan.Kali ini disertakan dengan semburan 'water-canon'.

Para himpunan bertempiaran lari menyelamatkan diri.Soldadu sedang menganas.Memang ganas.

Jam menunjukkan 4.30 petang.Sdr. Khairul (S/u Dppkl) yang ditahan tengahari tadi memaklumkan melalui sms bahawa beliau dan beberapa yang lain sedang ditahan di balai polis Cheras.

Saya ambil keputusan untuk ke balai polis tersebut.Dalam keadaan tidak berapa 'fasih' jalan-jalan di KL namun terpaksa diredah jua.Sdr. Fendi sahabat yang bersama saya pun ingat-ingat lupa.Dalam keadaan jalan yang sesak teruk akibat daripada semua jalan-jalan utama yang ditutup sampai juga kami ke balai polis tersebut.Hampir 2 jam kami meredah kesesakan jalan raya.

Jam sudah pun 7. 30 malam.Sebelum masuk ke balai kami singgah di stesyen minyak berdekatan untuk solat magrib dan 'mengisi perut'.

Sedang kami tengah 'mengisi perut' kami diberitahu oleh Sdr. Khairul beliau akan dihantar ke balai polis Dang Wangi.Adus...

Seusai makan kami bergegas ke balai polis Dang Wangi.Jalan sudah semakin lengang.Nak dijadikan cerita ketika kami hampir tiba di balai polis Dang Wangi Sdr. beritahu tak jadi ke Dang Wangi,beliau akan ke balai polis Kinrara.Kami masing-masing garu kepala mana lah pulak Kinrara ni?

Jam sudah hampir 10 malam.Kami ambil keputusan untuk tidak bergegas ke balai Kinrara.Bimbang kejadian serupa berulang.Beberapa minit kemudian Sdr. Khairul mengesahkan beliau sedang berada di balai polis Kinrara bersama puluhan tahanan yang lain.Beliau beritahu agar kami tidak bimbangkan keadaan beliau.Beliau selamat.Ramai peguam sedang berada di balai tersebut.Beliau memberi tahu ura-ura akan ditahan di situ sehingga ke pagi esok.

Kami mendapatkan pandangan beliau sama ada perlu atau tidak untuk kami ke sana.Beliau nasihatkan kami untuk balik dulu kerana esok ada lagi himpunan di Bagan Serai.

Kerana keletihan ditambah pula badan sudah sehari suntuk tak kena air,kami mencari ruang untuk merehatkan badan.Sambil itu saya cuba dapatkan info beberapa sahabat lagi yang ditahan.Saya mengubungi Sdr. Walif yang sedang ditahan di balai polis Brickfeild.Beliau pun memberitahu ditahan semalaman.Selepas itu saya cuba hubungi Ust Syed,ketika dihubungi katanya sedang dalam perjalanan balik.Beliau telah dibebaskan rupanya.Dia memang bernasib baik kali ini.

Jam sudah 12 tengah malam.Oleh kerana sudah tidak ada lagi urusan yang nak dibuat,kami mula bergerak pulang.Ketika dalam perjalanan pulang Sdr. Khairul memaklumkan bahawa semua barang-barang miliknya dan tahanan yang lain akan disimpan polis termasuk talipon bimbit.

Bermula dari ketika itu sehinggalah ke saat ini kami terputus hubungan dengan beliau.


*Gambar akan menyusul...


-Nur12-

Tiada ulasan: