Selasa, 4 Ogos 2009

HIMPUNAN BUBAR DUN KE-2,STADIUM PERAK DIPILIH

Kenyataan Media (4 Ogos 2009)
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) berterima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri kerana Kerajaan Pusat bersedia untuk menyediakan tempat yang bersesuaian untuk berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan akan dikotakan.
DPPN Pk akan menganjurkan satu perhimpunan besar-besaran untuk mendesak supaya dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak seperti yang telah dibenarkan oleh Datuk Seri Najib baru-baru ini. Himpunan tersebut bakal akan diadakan di Stadium Perak,Ipoh dan tarikh bagi himpunan tersebut akan dimaklumkan kemudian.
DPPN Pk amat menunggu kenyataan seperti yang telah dinyatakan oleh Datuk Seri Najib dan dengan keputusan Kerajaan ini akan melebarluaskan sistem demokrasi dalam negara kita. DPPN Pk amat yakin juga bahawa semua pihak mesti akur tuntutan demokrasi yang ada didalam negera kita ini.
DPPN Pk berharap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan memberikan kerjasama penuh nanti. DPPN Pk juga berharap kenyataan Datuk Seri Najib adalah benar dan tidak berselindung dengan motif politik kotor Umno / Barisan Nasional (BN).
SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

1 ulasan:

kenapa? berkata...

kenapa ini semua terjadi..kenapa,,kenapa