IPOH, 4 Feb :- Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat masih sah sehingga Sidang Dewan Undangan akan datang sehingga dewan yang ada sekarang dibubarkan atas kehendak YAB Menteri Besar bersama ADUN yang ada sekarang, atau dibubarkan atas kehendak dan Perkanan DYMM Tuanku atau ada usul tidak percaya dalam dewan dalam sidang akan datang akan datang .Demikaian kenyataan dari Pengarah Jabatan Piliharaya PAS Negeri Perak yang juga AJK PAS Pusat, Hj. Asmuni Awi semasa ditemui di Pejabat Perhubungan PAS Perak di sini.Sidang Dewan akan datang dijangka seawalnya pada bulan April.Asmuni memberi contoh apa yang berlaku di Kanada, Itali dan Israel sering berlaku kerajaan minoriti dan inilah yang berlaku di Perak sekarang ini. "Dengan itu Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat akan kekal sehingga ianya di tentukan oleh tiga keadaan diatas." kata Hj. Asmuni yang juga merupakan seorang peguam.
YB KHALIL IDHAM LIM
ADUN TT. SERONG
1 ulasan:
alhamdulillah...yakinlah pertolongan Allah masih bersama kita.selagi kita berada dijalan benar.mohonlah dgn ikhlas.cuma nak ulas....jgn sekali-kali sebut israel krn ia bukan kerajaan sah.
Catat Ulasan