Selasa, 17 Februari 2009

ADUN TT. SERONG MASUK BN ?

Semalam saya ada ceramah penerangan di markas PAS Tanjung Piandang yang terletak dalam DUN Titi Serong. Ceramah itu dibuat selepas habis solat Maghrib dan berakhir hampir jam 9.15 malam. Setelah itu kami sembahyang Isya berjemaah.Selepas solat saya mendapati banyak panggilan masuk dalam keadaan saya senyap kan suara talipon sejak sembahyang Maghrib lagi.Sebagaimana biasa saya menalipon balik nombor-nombor tersebut. Salah satunya kawan baik dari Ipoh. Dalam nada yang bersungguh-sungguh dan ingin tahu serta bagi mendapatkan pengesahan segera, beliau bertanya betulkah saya sudah masuk BN ? katanya orang di Ipoh dan hangat berbicara mengenai berita itu.Saya dengan nada terkejut, didalam hati, marah pun ada, geram pun ada, lucupun ada dengan spontan berkata, bagi tahu orang yang kata saya masuk BN saya nak RM 50 juta, sekarang orang baru tawar RM 45 juta, minta tolong dari dia tambah lagi RM 5 juta.Dengan jawapan itu dia terus tergamam dan mula yakin itu cuma berita angin dari orang yang tidak bertanggung jawab.Sakit perut dibuatnya,kata orang Indonesia, waduh pak..jantungan jadinya, goblok.
DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN TT.SERONG.


.

Tiada ulasan: