Sabtu, 28 Februari 2009

MB SERAH KEDIAMAN RASMI TAPI SIMPAN KERETA RASMI MB

IPOH: Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat,YAB. Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, secara rasmi menyerahkan kunci kediaman Menteri Besar di sini semalam, selepas lima hari beliau bertindak mengosongkan kediaman itu Ahad lalu.Bagaimanapun, beliau masih enggan menyerahkan kenderaan rasmi kerajaan negeri, Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AGS 10, dengan alasan kereta ia sebagai simbolik perbicaraannya untuk mendapatkan perisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah belum selesai. Penyerahan kunci kediaman dilakukan oleh Pegawai Khas Mohammad Nizar, Amran Harun, kepada Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Bahagian Khidmat Pengurusan, Shamsul Zaman Sulaiman, yang mewakili SUK, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, pada 11.30 pagi tadi di kediaman berkenaan.Majlis penyerahan ringkas itu mendapat perhatian ramai wartawan.Amran Harun menjelaskan penyerahan kediaman itu bukan maksudnya pakatan rakyat mengalah, termasuklah kereta rasmi Menteri Besar tidak akan diserahkan lagi seperti yang diputuskan oleh pimpinan pakatan Rakyat sebelum selesai kes di mahkamah. Sekiranya mahkamah sudah membuat keputusan barulah kenderaan itu diserahkan.

Tiada ulasan: