Jumaat, 13 Februari 2009

KERAJAAN PERAK DIKETUAI MB JELAJAH SELURUH PELUSUK NEGERI

Mulai minggu depan, MB dan EXCO Kerajaan Pakatan (PR) negeri Perak akan jelajah seluruh Parlimen dan DUN di Perak. Program ini diatur bagi membolehkan Kerajaan Pakatan bertemu dengan rakyat bagi menjelaskan isu ini. Ketandusan media cetak dan elektronik bagi menjelaskan isu ini diambil kesempatan oleh media BN menyerang PR habis-habisan. Apatah lagi pihak polis tidak membenarkan pula ceramah-ceramah politik diadakan. Melarang ceramah politik adalah satu tindakan yang tidak adil, kerana dalam masa yang sama media menghentam PR tanpa memberi peluang kita menjawabnya.Justeru itu, MB dan EXCO PR akan bertemu rakyat di seluruh pelusuk kampung dan desa melalui program-program kenduri kendara, gotong royong, solat berjamaah, berkunjung ke pasar-pasar, jamuan makan malam dan sebagainya. Beri peluang rakyat mendengar, melihat sendiri, dan berfikir, rakyat ada fikiran untuk menilai mana yang betul dan salah. Kalau ini juga dihalang, rakyat wajib bangkit menentang kezaliman dan pencabulan demokrasi.
MISBAHUL MUNIR MASDUKI
SETPOL MB.
.

Tiada ulasan: