Isnin, 16 Februari 2009

YAB DS. NIZAR,EXCO&ADUN PR HADIR MAJLIS SANTAPAN DIRAJA


Dato' Seri Hj Nizar dan seluruh EXCO dan ADUN Pakatan Rakyat tetap hadiri Majlis Santapan Beradat diIstana Iskandariyyah Kuala Kangsar sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Tuanku Sultan Azlan. Kehadiran dalam majlis tersebut adalah bukti bahawa Hj Nizar tidak derhaka kepada Sultan, beliau masih taat dan setia kepada Tuanku. BN dan UMNOlah penyebab utama krisis ini berlaku. Rakyat menuntut UMNO BN bertangungjawab dalam isu ini yang menyebabkan rakyat bangkit secara terbuka membantah tindakan Tuanku tidak memperkenan pembubaran DUN.Kehadiran mereka mendapat perhatian orang ramai di masjid Ubudiyyah sejak Maghrib lagi. Di Istana Pegawai-pegawai kerajaan dan Istana juga turut menyambut kehadiran mereka, dari reaksi dan bahasa badan yang ditunjukkan, mereka semua sebenrnya bersimpati dengan Dato' Seri Hj Nizar. Hj Nizar menunjukkan keterbukaan dan jiwa lapangnya, walaupun ditempatkan di meja yang jauh dari meja tetamu-tetamu kenamaan, beliau bangkit bersalaman dengan semua tetamu-tetamu kenamaan termasuk Menteri-menteri Kabinet dan semua EXCO kerajaan BN yang baru. Hj Nizar tidak sedikit pun kekok berbuat demikian, bayangkan kalau betul beliau derhaka kepada Sultan sebagaimana tohmahan media UMNO BN, sanggupkah beliau hadir di majlis tersebut, kalaupun hadir sudah tentulah dia tidak sanggup atau kekok berhadapan dengan orang ramai.3 ADUN Pakatan Rakyat yang melompat keluar parti, sehingga sekarang mereka tidak berani keluar berdepan dengan rakyat di DUN masing-masing. Sebabnya kita boleh fikir sendiri sebenarnya. Mereka tidak berani berdepan dengan rakyat kerana mereka tahu, pengkhianatan yang mereka lakukan terhadap undi rakyat menyebabkan rakyat marah kepada mereka. Kalau mereka dipihak yang benar, tampillah bersemuka dengan rakyat, jelaskan kepada rakyat mengapa mereka mengambil langkah meninggalkan Pakatan Rakyat.



MISBAHUL MUNIR MASDUKI

SETPOL MB PERAK.

Tiada ulasan: