Isnin, 16 Februari 2009

EDAR RISALAH-4 DITAHAN DI KUALA KANGSAR


IPOH: Polis menahan dua lelaki dan dua wanita berusia 40-an kerana mengedar risalah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan peralihan kuasa politik di Perak, di pasar tani berhampiran Arena Square, Kuala Kangsar, 50 kilometer dari sini semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintenden Abdul Ghafar Mohamad, berkata keempat mereka ditahan pada jam 9 pagi ketika sedang mengedar risalah berkenaan kepada orang ramai. Polis turut merampas bahan cetak itu daripada mereka.

“Kita menahan mereka kerana mengedar risalah yang boleh mengelirukan orang ramai berhubung dengan kemelut politik di negeri ini,” katanya. Abdul Ghafar berkata, polis mengambil keterangan sebelum membebaskan mereka dengan ikat jamin polis.


Mereka akan disiasat mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. - Bernama

Tiada ulasan: