Selasa, 24 Februari 2009

PULANGLAH WIRA BEHRANG,CKT JERING,JELAPANG DAN BOTA

Apabila Hj Nizar menyebut 'patik mohon sembah derhaka' kepada paduka Sultan Azlan, UMNO melalui semua media perdana yang dikuasai oleh mereka mengutuk Hj Nizar, mereka mengelar Hj Nizar "penderhaka" yang sepatutnya dihukum, dibuang negeri, di ISA dan bermacam-macam lagi. Namun si "penderhaka" yang mereka gelar itu tetap berani bertemu dengan rakyat setiap hari, malahan hadir dalam majlis santapan bersama Tuanku sempena sambutan Jubli Emas pemerintahan Tuanku Sultan Perak.Berbeza dengan 4 orang wakil rakyat ini, UMNO mendakwa mereka inilah wira negeri Perak yang berjaya menyelamatkan negeri Perak dari kerakusan kerajaan Pakatan Rakyat (PR), yang menggadai maruah dan tanah orang Melayu kepada Cina kononnya. Itulah dakwaan kosong mereka yang sama sekali tidak berasas. Kalau benar mereka wira, mengapa ADUN-ADUN tersebut tidak pulang ke kawasan masing-masing dan disambut dengan meriah oleh rakyat di DUN mereka, ataupun UMNO Perak mengarak dan menjulang mereka ke pelusuk negeri seumpama wira yang sangat besar jasanya kepada negara.Ketika ADUN Bota berhijrah dari UMNO ke PKR (dalam ucapan ADUN Bota di stadium Bakri Rais, dia guna istilah hijrah bukan lompat), kononnya hijrah lebih tepat kerana penghijrahannya atas kesedaran politik yang tinggi setelah melihat UMNO rosak yang tidak boleh diperbetulkan. Pakatan Rakyat bagi dia adalah penyelamat kepada rakyat, dia sudah tidak percaya lagi pada UMNO dan BN untuk selama-lamanya, itu kenyataan ADUN Bota, katanya lagi dalam memberi keyakinan tentang penghijrahannya itu, ibunya orang kampung yang kerjanya sebagai pengayam atap, orang miskin tetapi sentiasa mendidik anaknya supaya bercakap benar dan tidak berbohong, berbekalkan semangat didikan dari ibunya itu, beliau ingin menyakinkan kepada orang ramai, bahawa beliau terlalu komited bersama dengan Pakatan tidak lagi bersama BN. Penghijrahannya bukan kerana kepentingan dan tidak ada apa-apa yang ditawarkan oleh PR mahupun MB Perak.Orang ramai tertarik dengan ucapannya yang penuh semangat ketika itu di stadium Bakri Rais, Media rasmi PR menganggap beliau adalah wira rakyat yang menyelamatkan dan mengukuhkan kerajaan Pakatan di Perak, program ceramah bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim malam itu adalah satu sambutan meraikan penyertaannya dalam PR. Pakatan Rakyat pula merancang untuk membawa Datuk Nasar jelajah seluruh Perak. Beberapa hari kemudian, Datuk Nasar menghilang diri, tidak dapat dikesan ke mana menghilang, tiba-tiba muncul dengan 3 rakan pengkhianat yang lain bersama Datul Najib untuk diisytiharkan menyertai BN.Mereka dijulang oleh pemimpin BN, tetapi tidak pula dijulang dan disambut di DUN masing-masing oleh rakyat dan pengundi mereka, sehingga sekarang mereka tidak berani pulang ke DUN masing-masing. Sedangkan seluruh rakyat di DUN Behrang, Changkat Jering, Jelapang dan Bota sedang menanti-nanti kepulangan mereka."Pulanglah wahai wira penyelamat, rakyat di DUN masing-masing sedang menunggu dan berbaris untuk menyambut kepulangan kamu dengan kasut, selipar dan terompah". Itu sahaja yang boleh mengajar di atas pengkhianatan dan penderhakaan mereka di atas mandat dan amanat rakyat. Jadi siapa sebenar pengkhianat dan penderhaka rakyat ?
MISBAHUL MUNIR MASDUKI
SETPOL MB PERAK.

Tiada ulasan: