Ahad, 15 Februari 2009

MAJLIS MERAIKAN PEJUANG RAKYAT




Tengah hari tadi bertempat di surau Taman Samudera telah diadakan satu majlis untuk meraikan 2 anggota unit amal kawasan Lumut yang ditangkap polis dalam demontrasi di perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar tempoh hari.

Kedua-dua mereka iaitu Hj. Isya Rizuan (pesara tentera) dan Ustaz Hasri Ismail telah dibebaskan setelah direman beberapa hari di lokap balai polis Kuala Kangsar.Mereka bersama-sama rakan-rakan yang lain akan dihadapkan ke mahkamah bulan April nanti untuk perbicaraan kes mereka.

Majlis tadi anjuran Dppk Lumut dengan kerjasama Pas Cawangan Taman Samudera.Ramai ahli2 jemaah surau yang hadir untuk meraikan dan memberi kata-kata semangat kepada mereka.Turut hadir Encik Hamidun Pegawai Khas Adun Pasir Panjang.

Tiada ulasan: