Isnin, 9 Februari 2009

KEMUNCAK KEBANGKITAN RAKYAT


Lewat semalam menyaksikan kemuncak kebangkitan rakyat Perak menuntut hak mereka yang telah dirampas oleh perompak dan lanun 'telok batik'.Lebih 30 ribu rakyat datang berhimpun di perkarangan kediaman rasmi MB.Walaupun mengharungi pelbagai sekatan mereka tetap datang untuk memberi sokongan kepada MB dan kerajaan yang sah pilihan mereka.Ds. Anwar Ibrahim,DS. Hj. Hadi Awang,YB Dr. Tan Seng Giau dan lain2 pimpinan tertinggi PR turut hadir.


Selepas ini tiada lagi sebarang perhimpunan akan dianjurkan di kediaman MB.Ust Misbahil Munir selaku pengacara majlis malam tadi mengumumkan demikian.Hanya perhimpunan khusus dan tertutup sahaja yang akan diadakan,tetapi jika rakyat mahu hadir untuk beri sokongan moral kepada Mb tiada halangan untuk mereka hadir.


Sebaliknya Ust Misbah yang juga setpol MB mengumumkan pimpinan akan mengadakan 'road-show' ke seluruh pelusuk negeri Perak dengan Seri Manjung (Dun Pasir Panjang) adalah tempat pertama yang akan dilawati pimpinan PR Perak untuk memberi penjelasan kepada rakyat.Kesesuaian Pasir Panjang dipilih tempat pertama kerana Dun ini diwakili oleh MB.


Dengan ini Dppk Lumut yang tetap teguh dibelakang MB akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam melakukan persiapan terbaik untuk menyambut kedatangan pimpinan PR.

Tiada ulasan: