Selasa, 17 Februari 2009

TURUN PADANG PERJELAS ISU KPD RAKYAT

Mb bersama beberapa anggota exco telah memulakan siri jelajah mereka keseluruh negeri Perak dengan Dun Pasir Panjang menjadi destinasi pertama yang mereka singgah untuk menemui rakyat.Sinonimnya Dun ini dipilih sebagai tempat pertama yang dilawati kerana memberi penghormatan kepada YAB IR. MOHAMAD NIZAR, beliau adalah wakil rakyat Dun PAsir Panjang.
Pihak pengurusan pejabat Pusat Khidmat DUN telah menyusun jadual kerja yang padat untuk memudahkan urusan MB&exco untuk menemui rakyat.
MB dan rombongan tiba sekitar jam 10.00 pagi dan terus dibawa melawat beberapa buah kampung sekitar Dun PAsir PAnjang.Seperti biasa Mb setiap kali masuk kampung beliau diberi sambutan hebat oleh masyarakat kampung yang tertunggu-tunggu kehadiran pemimpin yang mereka sayangi dan untuk mmendengar sendiri penjelasan berhubung isu-isu yang sedang menghimpit kerajaan negeri Perak.Rata-rata penduduk yang ditemui menyatakan rasa puas dan faham apa sebenarnya yang berlaku lebih-lebih lagi apabila Mb sendiri yang menjelaskan setiap persoalan mereka bangkitkan.Antara kampung yang sempat rombongan Mb lawati Kg. Permatang, Kg. Pasir Panjang dan beberapa buah kg. lagi.Mb singgah untuk solat zohor di surau kampung terbabit.
Pada sebelah petang pula sekitar jam 3.30 petang Mb hadir pada pertemuan dengan pimpinan masyarakat yang diadakan di hotel Lead View.Seramai hampir 500 orang pimpinan masyarakat hadir pada pertemuan tersebut.Mereka terdiri dari pimpinan parti2 politik Pakatan Rakyat,Ngo,ketua-ketua kampung,Jkkk dan pegawai2 kerajaan dari Majlis Perbandaran Manjung.Diakhir pertemuan diadakan majlis dialog ringkas dengan hadirin.
Pada lewat petang pula sekitar jam 6.00 petang Mb turun menemui rakyat di pasar malam Kg. Dato Seri Kamarudin.Beliau telah diiringi oleh beberapa orang exco Dppk Lumut dan anggota Unit Amal Pas kawasan mengambil kesempatan untuk menyapa dan bersalam dengan setiap pengunjung dan penjual di pasar malam tersebut.Rata2 mereka begitu teruja sekali apabila dapat berjumpa dengan Mb kesayangan mereka.Pada kesempatan ini juga beberapa risalah yang terkandung penjelasan isu-isu bersabit kerajaan negeri juga telah diedar kepada pengunjung.
Manakala pada sebelah malam pula Mb hadir untuk kuliah magrib di surau Madah dan selepas Isya' diadakan majlis ceramah umum di markaz Pas Pasir Panjang.Seramai hampir 3 ribu hadir pada seramah tersebut.
Gambar2 menarik yang dirakam sekitar lawatan Mb akan menyusul pada posting yang akan datang.

Tiada ulasan: