KUALA TERENGGANU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang bermula jam 9.30 pagi tadi menyaksikan lebih 10 kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) kosong.
Mereka dipercayai berada di satu lokasi berlainan bagi mengadakan sidang akhbar mengenai ugutan yang diterima mereka berhubung usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
Bagaimanapun, sidang DUN sedang berjalan seperti biasa.
-BH Online-
Komen Nur12: Fobia mendengar berita Adun hilang.Sebenarnya 10 Adun BN Terengganu bukannya hilang sebagai mana 'hilangnya' beberapa Adun PR Perak suatu masa dulu.Adun PR Perak hilang kerana 'dihilangkan'.10 Adun BN Terengganu hilang kerana berebut khazanah negeri.Mereka bertelagah sesama sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan