IPOH: Gagasan Melayu Perak (GMP) hari ini menjelaskan bahawa laporan polis yang dibuatnya semalam tidak mempunyai kaitan langsung dengan laman web Malaysiakini berhubung artikel menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda, Raja Dr Nazrin Shah.
Presiden GMP, Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail, berkata laporan polis yang dibuat gagasan itu adalah terhadap seorang pelayar internet yang menggunakan nama samaran Pasok.
Katanya individu berkenaan adalah pihak bertanggungjawab menulis komen terhadap Sultan Azlan dan Raja Nazrin dalam sebuah laman web.
"GMP memohon maaf kepada Malaysiakini kerana telah tersilap menyatakan ia adalah pihak yang menyiarkan artikel tidak bertanggungjawab itu," katanya.
Mohd Hilmi berkata laporan polis itu dibuat oleh GMP kerana ia mahu memastikan pihak yang terlibat menghina Sultan Perak dan Raja Muda dikenakan tindakan.
- Bernama -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan