11.30 am- Hakim benar kes ditangguh kepada 29 April 2009
Mengambilkira seorang OKT tidak hadir dan hujah pendakwaraya.Hakim akui dokumen yang banyak dan tidak sempat diteliti oleh peguam.Juga mengambil kira authority, untuk masa yang cukup untuk pembelaan kes ini dibenarkan untuk penangguhan.Hakim juga memutuskan OKT mesti hadir dalam hari sebutan kes akan datang pada 29 April akan datang.

11.00 am- Peguam tertuduh bantah hujah pendakwaraya
Peguam OKT membantah hujah dari pendakwaraya kononnya dia memuji hakin dan mengugut hakin itu tidak berasas.Hujah peguambela mengenai gambar penting diterima awal kerana ia menjadi asas pertuduhan
10.30 am- Penolong Pendakwaraya anggap peguam tertuduh ugut hakim
Penolong pendakwaraya membalas hujah-hujah peguam kepada tertuduh perhimpunan Kuala Kangsar dengan mengatakan peguam tertuduh mengugut hakim.Beliau juga menganggap 3 hujah pembela iaitu ada surat sakit, dokumen dan peguam baru dilantik tidak boleh diterima.Dia mengakui tindakan lambat menyerahkan dokumen sebulan atau dua bulan lebih awal, tetapi beranggapan jumlah 6 hari lepas diserahkan dokumen dan gambar baginya sudah cukup untuk diteliti.Beliau juga mengatakan tidak ada ketetapan undang-undang supaya dokumen diserah lebih awal. Sambil mengakui hanya wakil peguam yang diserah minggu lepas(8 April) dan yang lainnya diserah pada pagi ini.Pendakwaraya juga mengatakan soal gambar adalah 'kacang' sahaja. Dengan maksud sekali tengok boleh tafsir
10.00 am- Peguam bela mohon kes ditangguh
Kuala Kangsar:Peguambela sedang berhujah untuk mendapatkan keputusan perintah mahkamah untuk menangguhkan tarikh perbicaraan dengan alasan yang munasabah yang diberikan.Antaranya peguambela mengatakan bahawa tindakan timbalan pendakwaraya memberikan dokumen dan gambar kes hanya pagi tadi dan tidak sempat meneliti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan