Ahad, 5 April 2009

Pesta Sukan Pasti Kawasan Bukit Gantang

Pagi tadi bertempat di Taman Mewah,Kamunting telah berlansung acara yang cukup meriah sekali iaitu Sukan Pasti Peringkat Kawasan Bukit Gantang.Dengan kehadiran lebih 300 orang yang terdiri dari ibu-bapa,murid-murid Pasti dan penduduk tempatan.
Acara yang bermula seawal pagi telah dirasmikan oleh Cikgu Azri,Pengarah Pasti Malaysia.Turut hadir Pengarah Pasti Perak Cikgu Hassan Aladi.
Dppk Lumut telah diberi amanah untuk menyelenggarakan sukan Pasti kali ini dengan bantuan penggerak Pasti tempatan.
Hampir seluruh saf ajk Dppk Lumut turun bagi menjayakan acara sukan Pasti di sini.Sehari sebelum itu iaitu pada petang hari Sabtu telah diadakan gotong royong memasang khemah,persiapan padang bola sepak dan bola baling dan juga kelengkapan-kelengkapan lain.
Selain acara sukan yang melibatkan murid-murid Pasti turut diadakan Khidmat Rawatan Percuma oleh sepasukan petugas-petugas perubatan bersama seorang doktor yang didatangkan khas dari Jitra,Kedah.Ramai ibu bapa yang hadir tidak melepaskan peluang untuk mendapat khidmat rawatan percuma yang disediakan.
Berikut gambar-gambar yang sempat dirakam pada acara tersebut:
1.Beberapa saj ajk Dppk Lumut dengan dibantu petugas tempatan bergotong royong mempersiapkan padang tempat permainan.







2.Acara sukan pasti bermula dan berakhir dengan meriah sekali.

































-Nur12-

Tiada ulasan: