Rabu, 8 April 2009

Pengumuman kabinet baru ditangguh

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih dalam proses memuktamadkan kabinet barunya dan pengumuman yang dijangka diadakan hari ini ditangguhkan, menurut pegawai rasminya.
Najib, dijangka mengumumkan barisan kabinet barunya esok sebelum berlepas ke Thailand bagi menyertai persidangan serantau di negara berkenaan. Perdana Menteri bakal menampilkan barisan kabinet yang diperkemaskan dengan sasaran untuk membantu beliau merealisasikan janjinya untuk membawa pembaharuan.
"Tidak ada pengumuman rombakan kabinet hari ini. Paling awal adalah esok," kata pegawai kanan kerajaan di sini, hari ini.
-BH Online-
Komen Nur12: Tun Mahathir 'si kuda tua' dalam posting terbaru di blog beliau telah memberi amaran kepada Najib agar tidak melantik Khairi dan mereka yang dikenali sebagai kuncu Tun Abdullah.Jika sebaliknya katanya Najib telah melanggar syarat-syaratnya untuk kembali ke Umno.Apakah penangguhan ini ada kaitan dengan amaran Tun Mahathir ini?Jika benar bermakna Najib bekerja di bawah telunjuk si kuda tua yang juga 'biawak hidup'.Roslan Sms telah menggelar Tun Mahathir sebagai 'biawak hidup'.

1 ulasan:

paloi bin mulau berkata...

heheehehehe tak pelik la mahathir kata najib lemah. paklah dlm lembik2 dia pun mahathir tak boleh makan dia. tapi kalau najib ikut mahathir mesti rosmah susah hati hehehehe