Isnin, 13 April 2009

Keputusan Penuh Prk P.059-Melayu tolak PAS.Mengapa?

Sejarah telah membuktikan, betapa pilihan raya kecil Bukit Gantang menyaksikan PAS sebagai sebuah parti Islam telah ditolak oleh majoriti orang Melayu. Mereka (Melayu) adalah semuanya beragama Islam!
Mengapakah berlaku begitu? Jawapan spontan ialah kerana di situ majoriti pengundi Melayu mengenali PAS bukan sebagai sebuah parti Islam. Sebaliknya PAS dilihat sebagai parti yang menampilkan Dato' Seri Ir. Mohd Nizar sebagai orang yang terlibat dengan 'sembah derhaka' dan 'boneka orang Cina'. Atas dua faktor ini, populariti PAS merundum di semua kawasan daerah mengundi yang majoriti Melayu. Sementara itu, di kawasan daerah mengundi campuran dan majoriti Cina, PAS telah mencapai populariti yang melonjak! (Lihat jadual analisis keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang di bawah).
Justeru itu, di dalam senario politik negeri Perak dan peringkat nasional amnya, maka orang Melayu lebih sensitif dengan isu-isu klasik dan tradisi. Meskipun nilai isu klasik dan tradisi itu bukan sesuatu yang bersifat dasar/fundamental yang menjamin masa depan; ia tidak lebih daripada sensitiviti kulit/luaran yang samar bagi mana-mana kaum. Namun, itulah sikap politik orang Melayu yang menolak PAS dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang.Sesungguhnya, PAS melalui Ir. Mohd Nizar mempunyai tugas yang berat untuk mengemudi pengundi di Bukit Gantang, terutama kalangan orang Melayu. Salah satu tugas itu ialah menjalankan kelas pengajian politik Islam kepada semua warga Bukit Gantang; terutama di DUN Trong yang dilihat memiliki trend pengundian yang begitu klasik!!Oleh itu, kembalilah kepada seruan Tuhan Yang Esa agar kita berada di atas jalan lurus yang menjamin kesejahteraan, iaitu al-Islam sebagai suatu titian akidah untuk semua umat manusia. Persoalan orang Melayu yang taksub kepada nilai-nilai akidah adalah lebih mulia daripada mereka yang taksud kepada nilai-nilai klasik dan tradisi.
Dun Kuala Sepetang

Dun Ckt Jering


Dun Trong

Komen Nur12: No komen.Masih terbuka untuk dianalisis.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Untuk mengetahui faktor sebenar mengapa undi Melayu merosot, hendaklah diperiksa sama ada pengundi hantu Melayu benar2 wujud atau tidak. Jika deme benar2 wujud dan bilangannya beribu2, undi Melayu sebenarnya tidak merosot. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna PAS perlu puashati dengan penemuan sebegini kerana hakikatnya undi Melayu perlu ditingkatkan. Tapi kalau takde pengundi hantu, faktor kemorosotan undi Melayu harus di 'diagnose' dengan teliti dan dicari ubat penyakit ini.

Rata2 penganalisis PR membuat andaian faktor 'sembah derhaka' menjadi punca kemorosotan undi Melayu. Analisis ini seolah2 menyalahkan pemilihan DS Nizar sebagai calon PAS, walhal Nizar lebih sesuai sama ada dari segi simboliknya atau keperibadiannya berbanding dengan calon lain dalam PAS. Bagi penyokong UMNO totok, deme tak kisah sapa yang jadi calon UMNO, tunggul matipun deme akan undi, asalkan bawa bendera BN. Jadi siapa pencabar tidak penting lagi. Letak TGNA kat Bukit Gantang pun deme tolak. Semua info tentang PR deme tak akan baca atau peduli.

Kaum Hawa ramai yang tolak PAS. Alasan mereka termasuklah:
(a) PAS banyak peraturan - nyanyi tak boleh, konsert tak bolah, mak yong tak boleh bla..bla...bla...
(b) Jika PAS memerintah, pompuan yang layakpun tak boleh jadi bos. Lelaki je akan jadi bos sebab deme yang boleh jadi imam. PAS dilihat tak adil bagi pompuan.
(c) Tak payah undi PAS pun dah pakai tudung, pergi haji, umrah dll. Jadi ape beza PAS dengan UMNO?
(d) Ade pendakwah berjanggut lebat asyik kutuk pompuan. Pendakwah mungkin bukan orang PAS. Tapi disebabkan penampilannya, dia dikaitkan dengan PAS dan Taliban. Akibatnya pompuan tolak PAS.
(e) PAS dilihat tidak objektif apabila menilai mengapa terjadi pertambahan jenayah terhadap pompuan. PAS dianggap menyalahkan pompuan sebagai punca. Rata2 pompuan tak akan terima telahan sebegini. Ini diekploitasi oleh UMNO dengan berkesan.
(f) Ahli UMNO totok takut anak2 deme yang keroje kilang akan dipaksa berhenti kerje jika PAS memerintah. Kata deme 'apa guna belajor tinggi2 kalau tak boleh keroje dan bantu orang tua?'
(g) PAS bersekongkol dengan PKR yang menderhaka kepada kepimpinan UMNO. Kata deme, 'apa beza PKR dengan UMNO? Deme tu geng UMNO gak'.
(h) Muslimat PAS bercakaran dengan wanita PKR. Deme juga bercakaran sesama sendiri. Muslimat orang lama pernah mengadu pada teman, 'muslimat muda tak hormat orang tua' Entah betui entah idak tuduhan ini teman tak tahu. Pemuda asyik nak tubuhkan Puteri PAS. Muslimat tak gemor, takut ade udang balik mee kot. Kalau takde 'trust' sama sendiri camne?
(i) Muslimat mahu isteri2 pemimpin PAS turun padang semasa PRU dan PRK. Kata deme,'kalau kami yang ade suami bukan pemimpin PAS boleh turun padang, mengapa deme tak boleh?' Bila isteri pemimpin PAS tidak kelihatan, deme dianggap sombong oleh pengundi pompuan. Jadi, nak sombong atau nak menang?

Banyak lagi alasan2 deme yang amat sukar dijawab oleh muslimat PAS, lebih2 lagi yang kurang berpengalaman.

UMNO pula akan sentiasa menggunakan jentera kerajaan untuk memenangkan deme (SPR, Hakim, Polis, SPRM, Penerangan, Kemas dll). Walaupun ini perbuatan yang salah dari segi etikanya, pengundi tak nampak. PR tidak memiliki kelebihan itu. Teman tak akan tulis disini apa PAS harus buat kerana mungkin tulisan ini dibaca oleh orang UMNO.

Sekarang teman sebagai pompuan dah cakap. Terpulang pada kome nak terima atau tidak.

DPPK LUMUT berkata...

sangat baik ulasan Ummidinni.Ala kulli hal PAS disemua peringkat harus study keputusan Bkt Gantang.

penhijau berkata...

melayu tolak PAS kebanyakan di Dun Trong.Dun Trong merupakan Dun PAS.manakala Kuala sepetang Dun DAP dan Changkat Jering adalah Dun Keadilan. kalau ikut kayu ukur ini PAS lah yang paling lemah.

Kita sebagai Orang PAS jangan mendabik dada bahawa PAS telah di terima oleh semua.sebaliknya banyak lagi yang perlu di baiki.terutama barisan pimpinan negeri.

masa tengah kalut berperang di bukit Gantang macam2 isu timbul.sehinggakan berlaku pemecatan kepada salah satu ketua jeneral PAS.perkara macam nie tak seharusnya berlaku disaat kita memerlukan kesatuan dan kesepakatan dalam menghala serangan kepada musuh. Hj.Asmuni perlu jawab benda nie, dan Ahli PAS kena menilai kembali dia ni..


dan yang aku nak kongsi kat sini berkenaan penerangan kita.
semua yang feedback aku dapat dari perayu2 undi dan pandangan dari Ummnidinni boleh la aku menyimpulkan bahawa semuanya berkaitan tangapan pengundi kepada PR dan PAS.

tangapan atau pandangan pengundi kepada PAS adalah datang daripada maklumat yang diperolehi oleh pengundi dan bagaimana mereka memproses maklumat tersebut lalu di buktikan dengan tangapan dan pandangan mereka. samada mereka meluahkan dengan percakapan atau dok diam ja pastu pangkah kertas undi, itu semua adalah hasil yang di perolehi daripada pemprosesan maklumat yang depa terima tadi.

point dia cukup mudah. jentera Penerangan PAS perak gagal memberikan maklumat sebenar kepada pengundi. pengundi di bukit gantang boleh la kita anggapkan sebagai wakil rakyat bagi seluruh negeri perak.

siapa ketua penerangan PAS Perak.berapa orang jentera penerangan. apa Mission, Target dan objektif Lujnah nie, aku haram pun tak tau.

semua alasan yang diterima dari orang Umno dan atas pagar yg menolak PAS semuanya boleh dijawab dan di perbetulkan.dan kesemua alasan tadi hasil daripada dakyah dan fitnah yang di lemparkan oleh umno melalui tv dan akhbar yang tak puas2 mereka kudakan.