Selasa, 14 April 2009

Kereta Mahfuz dicuri di Kota Bharu

KUALA LUMPUR, 14 April (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar memberitahu Harakahdaily, keretanya dicuri ketika beliau berada di Kota Bharu semalam.
Kereta jenis Rexton 270 bernombor pendaftaran MAR 4555 hilang di hadapan sebuah hotel di Kota Bharu selepas Mahfuz menghadiri satu undangan ceramah di sana.
Beliau memaklumkan telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu berhubung kehilangan tersebut.
Namun Mahfuz memaklumkan tiada barangan penting dalam kenderaannya yang hilang.
"Yang ada hanya keropok dan kain-kain baju kawan saya yang ikut serta dengan saya ke Kota Bharu,"katanya.
-harakahdaily.net-

Tiada ulasan: