KLANG: Datuk Seri Najib Razak percaya tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti adalah keputusan politik mainan pembangkang untuk tujuan tertentu.
Perdana Menteri berkata, rakyat bagaimanapun pada umumnya tidak suka pilihan raya kecil yang sengaja diadakan.
"Ada banyak pendapat yang sekarang kita terlalu banyak politiking dalam negara walhal sekarang kita harus tumpu kepada usaha untuk memulihkan ekonomi negara dan untuk membela kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
"Kita sepatutnya melihat ke hadapan dari segi masa depan negara untuk mencapai tahap kejayaan lebih tinggi," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-63 Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Malaysia (ACCCIM) di sini.
Najib mengulas peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti berkuat kuasa semalam. Mohammad Fairus berkata keputusan itu dibuat untuk memberi tumpuan kepada pelajaran peringkat pasca-siswazah, selain lebih masa bersama keluarga yang berkorban sepanjang memenuhi tugasnya.
Perdana Menteri berkata, terlalu banyak masa, tenaga dan wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang sebenarnya tidak perlu melainkan seseorang itu meninggal dunia dan tempatnya perlu diganti.
-BH Online-
Yb Khalil Idham Lim menjawab :
Adakah Najib sudah bosan dan sudah rasa cukup dipermalukan bila ada PRK ? Malah dia menyifatkan peletakan jawatan ADUN Penanti, Mohammad Fairus sebagai satu mainan politik untuk tujuan-tujuan tertentu.Apakah maksud sebenar Najib dengan kenyataan diatas adalah kurang jelas.
Namun yang jelas kedudukan sekarang keputusan PRK sebelum ini ialah 4 - 1. Jelas BN ditolak oleh rakyat. Kalau tidak mahu PRK saya cadangkan bubar semua Parlimen dan DUN kita bertempur dalam Pilihanraya Umum ke 13 secepat mungkin.
2 ulasan:
kalau kata pilihanraya kecil membebankan umNO-BN... awal² dah tau kalah... kasi saja PKR menang tanpa bertanding.. kan senang... tak membazirkan duit umNO-BN... DUN Penanti kan kubu kuat DS Anwar Ibrahim...
saya cadangkan BN tarik diri, atau boikot pilihanraya.. bagi PR menang free..
Catat Ulasan