Jumaat, 22 Mei 2009

Adun Pas Manik Urai,Kelantan meninggal dunia


KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manik Urai, Ismail Yaacob, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini kira-kira 5.55 pagi tadi kerana sakit jantung. Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan untuk menerima rawatan sejak bulan lalu. Allahyarham meninggalkan isteri Siti Zaharah Ibrahim dan 10 orang anak.


Ismail yang mewakii Pas mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada pilihan raya umum 1985. Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak mempertahankan kerusi itu, sebaliknya diwakili oleh Zamzuri Mat Lazim. Namun Ismail dipilih semula bertanding di DUN berkenaan pada pilihan raya umum tahun lalu dan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.
Beliau merupakan Timbalan Yang Dipertua Pas bahagian Kuala Krai. Manik Urai terletak di dalam kawasan Parlimen Kuala Krai, yang turut mempunyai DUN Dabung, Guchil dan Mengkembang.


-Bernama-
Komen Nur12: Dewan Pemuda Pas Kawasan Lumut merakamkan ucapan Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham.Moga bersabar dan reda dengan ketentuan Illahi.DaripadaNYA kita datang kepadaNYA kita kembali.Al-Fatihah.

Tiada ulasan: