Khamis, 14 Mei 2009

Petition Kepada Pembubaran DUN Perak

KEPADA: DYTM Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Merafak sembah ke bawah Duli Yang Teramat Mulia Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah.
Patik-patik, rakyat Negeri Perak dan Jajahan Takluknya memohon perkenan dan budi bicara Tuanku untuk menerima menghadap YAB Dato' Seri Ir Hj Muhammad Nizar Jamaluddin dalam mengemukakan permohonan PEMBUBARAN DUN PERAK.
Pembubaran Dun Perak adalah perlu bagi memastikan Kerajaan Negeri Perak dan Seluruh Jajahan Takluk Tuanku dapat ditadbir oleh Pemerintahan Yang Stabil dan Kukuh.
Situasi sekarang yang sangat meruncing ekoran daripada Pengisytiharan Mahkamah Tinggi dan Penangguhan oleh Mahkamah Rayuan membuatkan Kedua-dua Menteri Besar bertegang urat untuk menjadi Menteri Besar.
Justeru itu jalan terbaik bagi menyuraikan permasalahan ini adalah dengan membubar Dun dan memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih Wakil Rakyat mereka.
Disamping itu juga, hikmah kepada pembubaran Dun ini, akan terbentuklah sebuah Kerajaan yang stabil seraya memberi kemakmuran kepada seluruh rakyat Negeri Perak dan isinya. Kami merafak kasih dan sembah kepada DYTM Tuanku supaya memperkenankan perkara tersebut.
Sekian, Wassalam

Tiada ulasan: