Setakat ini 8 orang lagi termasuk Adun dan Ahli Perlimen PR ditangkap polis.Polis juga mengarahkan khemah yang didirikan diperkarangan pejabat DAP dirobohkan.Khemah ini dipasang kerana acara pelancaran puasa sunat dan mogok lapar yang akan disempurnakan Ds. Nizar.
Polis kemudian mengarahkan supaya program ini dilansungkan di dalam pejabat DAP.
Dato Ngeh Koo Ham dalam reaksi sepontannya berkata beliau begitu kesal sekali dengan tindakan polis pagi ini.Mereka menangkap orang sesuaka hati.Apakah negara ini negara polis?Soalnya.
Sekurang-kurangnya 100 orang anggota polis berunifom dan berpakaian biasa dilihat 'berkeliaran' sejak dari pagi lagi di hadapan pejabat DAP Perak.
Apakah rasionalnya kehadiran mereka yang begitu ramai?Apakah mereka menerima laporan akan berlaku kejadian jenayah?
Sekali lagi Dppkl ingin mengingatkan anggota keselamatan terutama polis agar bekerja berdasarkan prinsip dan undang-undang negara.Bukannya seperti lembu dicucuk hidung.Polis tidak boleh memihak kepada UBN.Negara ini negara undang-undang.Bukan negara polis.Tolong faham ini.
-Nur12-
3 ulasan:
tak baik cakap org anjing! adakah anda lebih baik dari anjing bila menyokong tindakan merosakkan diri sendiri oleh rakan-rakan anda? tidakkah islam melarang kita dari merosakkan diri kita, sama seperti membunuh diri. ishhh
Kepada Malaysian-2Day:
Apakah dengan berpuasa akan merosakkan diri? Apakah saudara tidak belajar betapa berpuasa itu banyak kelebihannya dalam Islam? Malah orang-orang Barat pula sudah mengiktiraf amalan berpuasa kerana ianya dapat membantu dalam kesihatan diri. Memang tak faham atau saudara ni sememangnya bukan beragama Islam? Tolong buktikan pada kami semua bahawa berpuasa boleh merosakkan diri... Sedangkan Rasulullah SAW berpuasa setiap Isnin dan Khamis, itu tidak termasuk lagi puasa-puasa sunat yang lain yang tidak pernah baginda tinggalkan. Apakah Baginda SAW sengaja merosakkan diri dengan berpuasa? Kalau dah bahalol tu...bahalol jugaklah. Nak buat macam mana, memenag orang UMNo dah macam tu. Jahil agama....
@ jutawan09:
Malysian2day tak bermaksud puasa itu merosakkan diri, tetapi MOGOK LAPAR itu akan merosakkan diri, saya ulangi - MOGOK LAPAR. Sebelum saudara melabelkan orang lain bahalol, baik nilaikan diri sendiri dahulu.
Memang betul puasa sunat tu digalakkan dalam Islam, tapi kita lihat pada niat masing-masing. Pada pendapat saya, mereka ni cuma menggunakan istilah "puasa" sebagai pengganti kepada niat sebenar untuk MOGOK LAPAR. Kan motif sebenar kejadian ni adalah untuk meminta supaya DUN dibubarkan, jadi takkanlah niat puasa tersebut diniatkan untuk pembubaran DUN pula? Kalau puasa Isnin Khamis tu mmglah tidak dinafikan lagi bahawa diniatkan untuk beramal kepada ALLAH SWT, tetapi puasa untuk kali ini, atas niat apa?
Catat Ulasan