Rabu, 27 Mei 2009

Kepada 'cipan laut',sila baca ini..

Anda ada bertanya puasa sunat ini atas niat apa?
Ketua Penerangan Pas Perak ada menjawab soalan anda.
Semua ahli dan penyokong seluruh Perak khususnya diseru berpuasa sunat dan solat hajat mulai esok selama tiga hari berturut-turut. Demikian ditegaskan oleh Pesuruhjaya PAS Perak dan juga turut ditegaskan oleh Dato' Seri Hj Nizar. Berpuasa dan Solat Hajat hendaklah diniatkan bagi memohon pertolongan kepada Allah swt supaya diberi ketabahan, kesabaran, kecekalan dan akhirnya kemenangan dalam menghadapi kemelut politik di negeri Perak..
Sementara mogok lapar adalah dianjurkan kepada ahli-ahli dan penyokongya yang tidak beragama Islam. Mogok lapar adalah protes rakyat terhadap kemelut dan kekalutan yang berlaku di negeri Perak.
Program puasa sunat akan bermula esok dan akan berakhir petang Khamis . Walau bagaimanapun pogram puasa sunat masih boleh diteruskan bila-bila masa sahaja. BPP Perak akan menganjurkan majlis berbuka puasa pada petang Khamisnya dan Solat Hajat di sebelah malamnya di Pejabat Perhubungan PAS Perak.(lihat di http://misabah.blogspot.com)
-Nur12-

1 ulasan:

Cipan Laut berkata...

Kalau begitu alasannya, Syukur Alhamdulillah..

Tetapi, perlukah pada mereka yang berpuasa tersebut memakai kain pengikat kepala yg bertulis "BUBAR DUN" dan berpakaian hitam? Bukankah sekadar dengan berpuasa dan bermunajat pada ALLAH SWT tanpa menunjuk2 perasaan protes itu lebih baik? Kalau benar niat puasa itu ikhlas untuk Allah, buat apa nak dipertontonkan pada umum? Bukankah tindakan ini lebih menyerupai kepada MOGOK?

Dan satu lagi, maafkan saya jika tersilap tetapi bukankah pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan kenyataan seperti berikut: (sumber - http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020911&Itemid=85)

1. Katanya, keputusan PAS selaras dengan hasrat parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang mahu menganjurkan mogok lapar tiga hari mulai esok sebagai membantah kezaliman Barisan Nasional terhadap rakyat di negeri itu.

2. Tegasnya, matlamat utama berpuasa sunat dan munajat diadakan ialah untuk memohon kepada Allah agar digerakkan hati pihak yang berkuasa bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.Jadi bukankah motif puasa tersebut berbalik pada kenyataan saya sebelum ini bahawa ianya terarah untuk meminta pembubaran DUN? Dan bukankah dgn berkata "selaras" pada kenyataan pertama bermaksud bersetuju dengan tindakan MOGOK LAPAR yg dianjurkan?

Adakah Islam setuju dgn MOGOK LAPAR? Saya rasa tidak, sbb apabila kita sebut tentang MOGOK LAPAR, ianya memang tidak akan lari dari kenyataan bahawa ianya bertujuan untuk menyeksa diri sendiri bg meraih perhatian masyarakat. Saya petik lagi kenyataan Ustaz Ahmad Awang:

"Saya sudah bertanya kepada rakan-rakan bukan Islam daripada DAP dan KeADILan, mereka mengatakan mogok lapar yang dianjurkan tidak dibuat sehingga menyeksa diri"

Mana ada MOGOK LAPAR yg tidak menyeksa diri sindiri..

Wassalam