Berita 1
Kemelut yang berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak berakhir juga pada hari ini seperti yang diharapkan oleh BN bila ditangguhkan lagi perbicaraannya esok. Demikian maklumat yang saya terima dari Dato' Ngeh Khoo Ham sebentar tadi.
Berita 2
Keputusan perbicaraan Hj Nizar vs Zambry yang sepatutnya diketahui hari ini ditangguhkan pagi esok oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Perbicaraan yang bermula sejak hari Isnin yang lalu dengan masing-masing peguam bela membentangkan hujjah mereka, peguam negara juga turut dibenarkan mencelah dalam perbicaraan tersebut, tetapi celahannya lebih memihak kepada Zambry.
Pagi esok, peguam bela Hj Nizar akan menggulung hujjah dan selepas penggulungannya, Hakim Mahkamah Tinggi dijangka akan memutuskan siapa MB yang sah di Perak. Samalah kita berdoa dan solat hajat, mudah-mudahan Hj Nizar akan menang dalam kes ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan