Rabu, 13 Mei 2009

'Saya masih MB yang sah'-Nizar

(Gambar ehsan dari Mstar Online,12 Mei 2009,Istana Bukit Chandan)
IPOH, 13 Mei (Hrkh) - Dato' Seri ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin mengekalkan pendiriannya bahawa beliau masih menjadi Menteri Besar yang sah, kerana penangguhan perisytiharan oleh Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan beliau sebagai MB tidak terjejas.
Sambil menyatakan bahawa penangguhan itu lebih banyak menimbulkan persoalan daripada jawapan, Nizar berkata secara logiknya beliau masih Menteri Besar.
Pada satu sidang akhbar, Dato'Dr Zambry Abd Kadir memperakukan dirinya sebagai Menteri Besar yang sah apabila Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan perisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.
Nizar memberitahu sidang media bahawa,walaupun ditangguhkan perisytiharan itu, kerajaan Pakatan Rakyat tetap kerajaan yang sah.
Nizar berkata, ia hanya penangguhan perisytiharan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi, yang mengesahkan bahawa beliau adalah MB yang sah, yang secara langsung membawa pengertian bahawa Zambry adalah MB yang tidak sah.
Malahan penangguhan persiytiharan juga bukan bererti ia telah mengesahkan Zambry sebagai MB yang sah, atau tiada siapa yang selayaknya menjadi MB, maka pilihan yang ada hanyalah beliau sebagai MB yang sah.
-Harakahdaily-

Tiada ulasan: