Isnin, 4 Mei 2009

Menjelang 7 Mei (5): SOLAT HAJAT DAN MUNAJAT MOHON PERANCANGAN JAHAT GAGAL

PAS Perak meminta semua PAS Kawasan mengadakan Munajat dan Solat Hajat di Markaz PAS masing-masing mulai malam esok sehinggalah selesai sidang DUN. Solat Hajat dan Munajat diadakan bagi memohon dan mengadu kepada Allah swt. supaya persidangan DUN 7 Mei ini berjalan dalam keadaan yang baik dan tenteram, memohon supaya segala perancangan jahat dapat dihindar dan digagalkan dan memohon supaya Tuanku terbuka hati membubarkan DUN bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan baru negeri Perak.
Selain itu, Solat Hajat dan Munajat Perdana turut akan diadakan pada 7 Mei di Masjid Al Ittihadiyah, Kg. Tengku Husein bermula jam 5.00 pagi 7hb. Mei. Muslimin Muslimat diseru hadir demi keamanan dan keadilan di negeri Perak Darul Ridhuan.

3 ulasan:

Malaysian-2Day berkata...

berdoa pada ALLAH itu satu usaha, tapi dalam masa yg sama, pemimpin PAS dan PR semua seru agar pengikut2 korang beramai2 pergi ke dewan nanti. macam mana ni? tapi mintak sidang berjalan dengan tenteram, lepas tu ajak ramai2 pergi sana. boleh tenteram ke? Jgn di permainkan Agama.

Anak Lenggong berkata...

Elok laa tu berdoa kepada allah supaya segala perangcangan jahat tu dapat dihindarkan...tapi persaolannya yang membuat perangcangan dengan niat jahat tu datangnya daripada orang yang berjubah hijau dan berketayap putih...sape pulak golongan nie eks..

Ex-Lynxcrew berkata...

kita berhimpun ramai2 bkn nak buat kecoh tapi untuk menunjukkan sokongan kita kepada pemimpin yang kita pilih,jangan terlampau jumud sangat,ada ka sebelum ni penyokong pakatan rakyat dok buat kecoh tak tentu hala kalu x dak provokasi dari pihak tertentu,berfikir sebelum menulis,jangan tunjuk kejahilan anda