Ahad, 3 Mei 2009

PAS LUMUT CALONKAN TG. HJ HADI KEKAL PRESIDEN DAN UST NASARUDDIN TIMBALAN

Mesyuarat Agung Pas Kawasan Lumut Kali Ke-22
Hotel Lead View,Ahad 3 April 2009
8.30 pagi-2.30 petang.


Sebahagian perwakilan Dppkl ke Mesyuarat Agung Pas Kawasan Lumut Kali Ke-22

Beberapa perwakilan Dewan Pemuda menyambut ketibaan YB. Nizar

Perwakilan Pemuda di meja pendaftaran

Yb. Nizar diiring masuk ke dalam dewan

Ucapan persamian oleh Yb. Nizar

Ydp sedang memberi ucapan aluan

Saf kepeimpinan di pentas utama

Para pimpinan PKL memberi tumpuan ucapan perasmian oleh Yb. Nizar

Sebahagian perwakilan Dewan Muslimat

SU Dppkl mengambil bahagian ketika perbahasan

Ust Nazrul,salah seorang perwakilan Dppkl membentangkan usul

Ust Zolkarnain Daud..turut ambil bahagian...perbahasannya sentiasa 'memukau'..jangan baring sudah..

Ust Iskandari mewakili Dppkl membuat ucapan penangguhan

Tatamu dari 'Makkal Sakhti'
Antara perwakilan cawangan-cawangan yang hadir



Pas Kawasan Lumut yang bermesyuarat hari ini sebulat suara mencalonkan Tuan Guru Hadi Awang kekal sebagai presiden parti.Sementara Ust Nasaruddin Mat Isa turut dicalonkan untuk kekal sebagai timbalan presiden setelah mendapat undi majoriti daripada para perwakilan.

Sebelum itu beberapa nama telah dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden.Antaranya Yb. Ds. Mohamad Nizar Jamaluddin dan Dato' Dr Haron Din.Perwakilan dari cawangan Pangkor telah menarik balik pencalonan untuk Dr Haron Din beberapa ketika sebelum undian dijalankan.Tinggal dua nama untuk jawatan timbalan presiden yang akhir sekali setelah undian dibuat keputusan memihak kepada Ust Nasaruddin Mat Isa.

Sementara bagi jawatan naib presiden keputusan sebulat suara untuk mencalonkan Yb. Ds Mohamad NIzar Jamaluddin,Yb. Dato Husam Musa dan Tuan Haji Mohamad Sabu.

Bagi pemilihan peringkat jawatan kuasa kawasan pula menyaksikan ketiga-tiga jawatan utama telah dikekalkan oleh penyandang masing-masing setelah tiada pencabar bagi jawatan-jawatan tersebut.Tuan Hj. Noh B. Ahmad,Ust Mohamad Che Ghani dan Tn. Hj Rasli masing-mssing kekal sebagai Ydp,Timbalan Ydp dan Naib Ydp.

Sementara berlaku persaingan sengit bagi jawatan Ketua urusan Ulama'.Tiga nama telah dicalonkan untuk mengisi jawatan tersebut iaitu penyandang Tn. Hj Mustar b. Hasumi,Ust Zulkifli b. Zakaria dan Ust Riduan Mat Junoh.Setelah pemilihan dilakukan jawatan Ketua Urusan Ulama' diumumkan disandang oleh Ust Riduan Mat Junoh. Beliau ialah bekas Pegawai Agama Angkatan Tentera (Kagat) di Kem TLDM Lumut.

Sementara itu seramai 16 orang telah dipilih untuk menganggotai jawatan kuasa Pas Kawasan Lumut yang terdiri dari muka lama dan muka baru.Mereka ialah Abd. Hamid b. Majid,Abu Bakar Puteh,Ahmad Ja'far b, Khalid,Hamidon b. Ahmad,Hayati bt. Yahya,Majid b. Ismail,Syafie b. Idris,Mustar b. Hasumi,Osman b. Ahmad,Osman b. Uyub,YM. Engku Iskandar Mohd Nor,Salmah bt. Karim,Syed Shahrim b. Syed Khalim,Zakaria b. Yasin,Zulkifli b. Ahmad dan Zulkarnain b. Abu Bakar.

Mesyuarat yang bermula jam 8.30 pagi telah dirasmikan oleh Yb. Ds Mohamad Nizar Jamaluddin,Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak.

Mesyuarat yang berlansung di Hotel Lead View juga telah dihadiri hampir 200 orang perwakilan dan pemerhati yang merupakan ahli Pas di 30 buah cawangan yang beroperasi di kawasan Lumut.

Mesyuarat berakhir sekitar jam 2.30 petang.

-Nur12-

Tiada ulasan: