Ahad, 3 Mei 2009

Menjelang 7 Mei (1): Rumah 5 Adun PR 'didatangi' anggota keselamatan,Yb Khalil keluar kenyataan media


IPOH, 3 Mei :- Ekoran dari 5 kediaman ADUN Pakatan Rakyat "diganggu" oleh pihak keselamatan, satu sidang media dilakukan di pejabat DAP Ipoh oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak Pakatan Rakyat yang juga ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim pada jam 11.30 pagi tadi.
Selain itu Sidang Media itu juga dihadiri oleh Exco Kerajaan Perak pakatan Rakyat, Hj. Zainuddin Yusuf dan Thomas Su.Manakala ADUn yang hadir ialah, Chang Lih kang (Teja),Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Lim Phek Her(Mengelembu)Berikut ini adalah Kenyataan Media ADUN Titi Serong..Setakat ini ADUN Pasir Pinji, Mengelembu, Kepayang , Teja dan Buntong telah didatangi oleh sekumpulan pegawai Polis dengan berkenderaan van dan kereta. Mereka mengambil gambar dalam keadaan mencurigakan dan menimbulkan perlbagai persoalan dari ADUN berkenaan, keluarganya dan jiran tetangga.
Oleh itu saya sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat (BBC-PR) yang juga ADUN Titi Serong bersama-sama ADUN PR yang lain menyatakan :-
1.Membantah tindakan semacam "provokasi" untuk menakut-nakutkan ADUN Pakatan Rakyat sebelum Sidang DUN pada 7 Mei depan.
2.Mempersoalkan apakah tujuan rumah ADUN berkenaan dilawati secara tidak diundang dan apakah tujuan gambar dan kehadiran ramai polis.
3. Kami akan sentiasa mematuhi undang-undang yang sedia ada dan sanggup berkerjasama dengan pihak keselamatan tetapi bukan dengan cara "tidak diundang" dan kami tidak tahu menahu dengan kehadiran mereka kalau tidak dimakulum oleh keluarga dan jiran.
4. Apakah kesalahan dan tindakan melanggar undang-undang yang telah dilakukan oleh ADUN Berkenaan ?
5. Pada kesempatan ini saya mempersoalkan tindangan Zambry dab BN membenarkan Dewan Negeri dimasuki oleh "bomoh" untuk menjampi kerusi speaker. Oleh itu saya mendesak Mufti Kerajaan Negeri Perak untuk mengeluarkan fatwa mengenai perkara tersebut.
3 Mei 2009,
Di Ipoh Perak.
DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak
Pakatan Rakyat (BBC-PR)

2 ulasan:

Malaysian-2Day berkata...

kalau betul pihak berkuasa datang pun takpe, ini semua anda perlu salahkan tindakan Nizar juga yang secara terbuka mengugut dgn mengatakan sesuatu yg ngeri akan berlaku pada 7hb mei nanti. Mestilah pihak berkuasa buat siasatan. dan hal bomoh tu, jgn la terlalu mudah menuduh. cuba pegi cari bomoh tu ke, atau ada gambar bomoh tu ke dalam dewan. cakap siapa la yb dengar nih.

Tanpa Nama berkata...

Kerja Bodoh Nik Abduh dan Kerja Jahat Pembantu Presiden

Siapa dak baca tulisan sensasi anak Nik Aziz, tapi sayang tak lebih dari menepuk air di dulang, muka sendiri jugak yang kuyup.

Dulu orang dak bercakap pasal kereta CRVnya, pasal dia makan gaji buta dok jadi ahli majlis MPKB dan komisyen balak, hari ini semua dah habis dicerita orang.

Nik Abduh dah pusing lalat. Bukan kerana banyak bersembunyi kat Kedai Lalat (Tak jauh dah dengan rumahnya), tetapi pening lalat pasal bau busuk jadi banyak lalat dok mari.

Nik Abduh buat pendedahan waktu Tuan Guru Nik Aziz mengerjakan umrah menunjukkan dia ada agenda busuk.

Terus terang, orang dah tahu Nik Abduh nak tunjuk hero belasah Husam. Dulu Nik Abduh halau Husam dari Kijang dalam Pengkalan Chepa. Hari ini Nik Abduh dengan sokongan moral pembantu Presiden di Selangor dan Terengganu nak bunuh karier politik Husam lak.

Kenapa ya?

(Baca seterusnya di http://kisahbenar.wordpress.com)