Krisis politik di Negeri Perak hanya boleh diselesaikan melalui pembubaran Dewan Negeri. Kuasa harus dikembalikan kepada rakyat untuk menentukan masa depan bumi Perak. Hanya rakyat yang mempunyai kuasa ataupun mandat untuk menamatkan kemelut politik Perak.Pilihanraya perlu diadakan dengan segera.
Rakyat seluruh Perak bersedia menghadapi pilihanraya. Pakatan Rakyat bersedia untuk turun gelanggang pilihanraya. Barisan Nasional pula berdegil dan mahu meneruskan pemerintahan dengan kerajaan yang dirampas secara haram.
Walau bagaimanapun, dalam sistem demokrasi, rakyatlah menentukan segala-galanya.Biarlah rakyat membuat pilihan. Kedua-dua pihak harus bersedia untuk menerima keputusan rakyat. Kalau proses demokrasi ini tidak dihormati, maka yang akan menjadi mangsa adalah rakyat. Kita tidak patut membelakangkan rakyat dalam isu krisis politik Perak. Rakyat perlu diutamakan.Ketamakan kuasa akan merugikan rakyat. Kita tidak boleh membiarkan satu kerajaan yang tidak sah memerintah negeri Perak.
Kita perlukan sebuah kerajaan yang diterima oleh semua. Kemelut politik Perak telah mengakibatkan suasana yang amat mengelirukan. Setiap hari, masalah menjadi semakin kusut. Di Perak kita ada:
1) Dua orang Menteri Besar
2) Dua orang Speaker Dewan Negeri
3) Dua barisan EXCO
4) Dua Setiausah Dewan Negeri
5) Dua Dewan Negeri (Sub Dewan dalam Dewan Negeri)
Dalam kata lain, Perak mempunyai dua kerajaan. Satu kerajaan yang sah dan satu lagi yang haram. Politik Perak sudah sampai ke jalan buntu. Merampas kuasa dengan menggunakan kekerasan atau taktik-taktik kotor tidak boleh menyelesaikan apa-apa masalah. Malah ia akan menimbulkan lebih banyak persoalan di kalangan rakyat. Bubarkan DUN Perak. Mohon 'Restu' rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan