PUTRAJAYA: Tiga pemimpin Hindraf - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan, penasihat undang-undang Hindraf, P Uthayakumar dan Vasantha Kumar - antara 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dibebaskan dalam masa terdekat.
Pengumuman itu dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang akhbar khas, di sini hari ini.
Sepuluh lagi yang dibebaskan ialah tiga warga Malaysia iaitu Zulkepli Marzuki, Jeknal Adil dan Adzmi Pindatun; dua warga Indonesia iaitu Zainun Rasyhid, Aboud Ghafar Shahril serta lima warga Filipina iaitu Sufian Salih, Hasim Talib, Abdul Jamal Azahari, Yusof Mohd Salam dan Husin Alih.
-BH Online-
Komen Nur12: Mereka sepatutnya sudah lama bebas.Sehingga kesaat ini belum jelas kesalahan yang mereka lakukan.Mereka tidak dibicarakan.Mereka dipenjara hanya semata-mata dakwaan polis.
M.Manoharan,Adun Kota Shah Alam dalam kenyataan melalui isterinya sebelum ini berkata sedang berfikir untuk meletakkan jawatan sebagai Adun.Beliau kesal kerana sebagai orang kena tahan beliau tidak dapat berkhidmat untuk rakyat di kawasan yang diwakilinya.
Apakah pembebasan Manoharan hari ada kaitan dengan ura-ura perletakan jawatannya sebagai Adun?
Mungkin ada kebenarannya.
Logiknya ialah kerana BN amat takut sekali mendengar perkataan pilihanraya kecil. Justeru untuk mengelakkan satu lagi by-election (dengan izin) Manoharan terpaksa dibebaskan.
Bagaimana jika Monoharan 'berkeras' juga untuk meletakkan jawatan?
Najib dan Hisyamuddin tengah pening memikirkan kemungkinan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan