Anuar Hasyim.
Pada 7 Mei nanti,adalah dijangkakan satu 'keributan' akan berlaku jika sidang Dun diteruskan.
Speaker V.Sivakumar masih berkuasa dalam Dun.Beliaulah yang akan menentukan segala perjalanan sidang Dun.Tentunya perkara asas yang menjadi persoalan ramai ialah kedudukan kerusi anggota Dun.
Nizar dan Adun PR yang lain tentunya tidak perlu berganjak daripada kerusi yang sudah diduduki sebelum ini,iaitu sebelah kanan Speaker Dewan.Nizar menduduki kerusi pertama di barisan kerusi sebelah kanan Speaker,manakala Zambry dan Adun BN di sebelah kiri Speaker.
Persoalannya apakah susun atur kedudukan Adun ini sudah diatur semula.Kalau sudah dimaklumkan dan disusun semula kedudukannya maka ia atas arahan siapa? Yang pasti ia bukan arahan Speaker.
Pada persidangan Dun 7 Mei nanti,tentu akan berlaku keributan terutama perebutan kerusi tempat duduk Adun-Adun.Zambry tentunya mahu menduduki kerusi pertama yang diduduki Nizar.Namun Nizar tentunya tidak akan berganjak kerana secara perlembagaannya beliau belum meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.
Mahu tidak mahu semuanya akan terpulang pada Speaker.Inilah antara perkara yang akan menarik perhatian ramai.Selepas hal ehwal kedudukan kerusi ini selesai, siapa pula yang akan dijemput oleh Speaker untuk menyampaikan watikah titah ucapan kepada Paduka Seri Sultan Perak yang akan bertitah merasmikan persidangan.
Saya jangka Speaker sekali lagi mahu tidak mahu akan menjemput Nizar selaku Menteri Besar yang sah untuk menyerahkan watikah ucapan itu.Maka keributan akan berlaku kerana Zambry akan menentang keras.
Apakah agenda persidangan? Siapa yang akan menetapkan agendanya. Tentunya dengan kelulusan Speaker.
Atau apakah sebaik Speaker berucap maka Zambry akan terus mengusulkan undi tidak percaya pada Nizar dalam usahanya melucutkan dan mengesahkan bahawa Nizar telah tidak menerima mandat Dun.
Namun sebelum Zambry dapat berbuat demikian, saya jangka Speaker dengan kuasa yang ada padanya terus mengeluarkan perintah keluar dewan pada Zambry dan 6 exconya dan selepas itu mengusulkan undi tidak percaya pada Nizar.Sekali pun Zambry dan 6 exco berkenaan tidak keluar dewan ia tidak menjadi halangan bagi Speaker kerana beliau akan hanya menghitung siapa yang diputuskannya layak mengundi.Hasil undian akan pasti memihak kepada Nizar akhirnya.
Yang pastinya dengan segala apa jua dayanya,Zambry,Umno dan BN akan berusaha menghalang apa jua kuasa yang boleh diperintahkan oleh Speaker.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan