Rabu, 6 Mei 2009

HARI INI 7 MEI

7 Mei bukanlah tarikh keramat.Bukan juga tarikh besar.
Biasanya,jika umat Islam mereka menunggu 1 Ramadhan dan juga 1 Syawal kerana kedua-dua tarikh ini mempunyai makna yang cukup besar bagi umat Islam.Begitu juga dengan tarikh-tarikh yang lain seperti 1 Muharram,12 Rabiulawwal dan beberapa tarikh lagi.
Begitu juga bagi agama-agama lain ada tarikh-tarikh tertentu yang ditunggu oleh penganutnya.Biasanya bagi mereka tarikh-tarikh tertentu ada 'keramat'nya.
Hari ini 7 Mei.Secara tiba-tiba 7 Mei begitu ditunggu-tunggu oleh masyarakat.Khabarnya sehingga masyarakat seluruh dunia menunggu-nunggu tarikh ini.
Kerana 7 Mei,petang tadi dan beberapa hari sebelum ini diberitakan beberapa orang pimpinan PR telah dicekup polis.
Kerana 7 Mei,Ipoh sekali lagi menjadi tumpuan.Ada yang sudah berkampung di Ipoh beberapa hari yang lalu.Hotel-hotel diberitakan telah penuh.Yang mahal dan juga yang murah.
Kerana 7 Mei,anggota keselamatan dikerah dengan sebegitu ramai sekali.Diberitakan mereka sekarang ini telah ditugaskan mengepung bangunan SUK.Sekeliling bangunan SUK telah diduduki para-para 'aparat kepolisian'.Apakah kewajarannya mereka di sini disaat gejala mat remit dan jenayah ragut begitu dibimbangi sekali mutaakhir ini.
Kerana 7 Mei,bomoh dan amalan khurafat mengisi cerita.Diberitakan ada bomoh di bawa masuk ke bangunan SUK melalui lorong sunyi tapi akhir sekali diketahui juga.Kantoi.
Kerana 7 Mei,masjid yang dijadualkan tempat berlansung solat hajat pada pukul 5 pagi esok diberitakan telah diarah tutup oleh pihak berwajib.Sampai begitu sekali.Kenapa begitu sekali?
Banyak lagilah perkara dan adegan yang berlaku kerana 7 Mei.
Hari ini 7 Mei.
Ada 2 peristiwa besar yang akan berlaku kira-kira 8 jam dari sekarang.
Yang pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak,di Ipoh.
Yang ke-dua Keputusan Siapa Menteri Besar Perak yang bakal diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Nizar atau Zambry MB?
Berdasarkan kepada 2 peristiwa ini,saya yakin tarikh 7 Mei yang sebelum ini tidak 'dikenali',selepas ini akan menjadi tarikh dan hari yang meniti dibibir khalayak,khususnya umat di negeri Perak.
Blog Dppkl akan cuba sedaya upaya dengan capaian yang ada untuk membawa kepada pengunjung-pengunjung setia sekalian berita-berita terkini berkenaan 2 peristiwa ini.
Diharap para pengunjung sekalian agar terus memberi sokongan kepada blog kerdil ini.
Sekian.
-Nur12-

Tiada ulasan: