Selasa, 12 Mei 2009

YAB DATO' SERI NIZAR MULAKAN TUGAS SEMULA DI PEJABATNYA

Pagi ini lebih kurang 7.45 pagi YAB Dato' Seri Hj Nizar kembali bertugas di Pejabat Menteri Besar. Beliau diiringi oleh EXCO-EXCO Pakatan Rakyat, Setiausaha Politik dan pegawai-pegawai khasnya.
Kedatangan Dato' Seri disambut oleh En. Asri, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Sumber Manusia di pintu pagar Bangunan Perak Darul Ridzuan. Pintu pagar masih dikawal dengan ketat oleh pihak polis dan FRU.
Sesampainya Dato' Seri di pejabatnya, beliau disambut oleh En. Shamsuzaman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan juga beberapa pegawai yang lain. Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri tidak ada di pejabatnya ketika Hj Nizar memasuki pejabat MB.Kembalinya semula YAB Dato' Seri dan seluruh exco dialu-alukan oleh sebahagian besar pegawai dan kakitangan kerajaan negeri. Mereka turut melambai-lambai tangan dari koridor pejabat menyambut ketibaan kami.
Antara tugas pertama YAB Dato' Seri Hj Nizar sebaik masuk pejabat ialah menyampaikan surat pengantungan kerja Dato' Abdul Rahman Hashim sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dan Dato' Ahmad Kamal bin Md Shahid sebagai Penasihat Undang-undang. Penggantungan ini berkuatkuasa serta merta sehingga diberitahu kelak. Beliau turut melantik Pegawai Kewangan Negeri Dato' Jamaluddin Al Amini untuk menjalankan kerja Setiausaha Kerajaan Negeri.
Misbahul Munir Masduki
Setpol MB.

Tiada ulasan: