Pagi tadi telah berlansung muktamar DPPN Perak kali ke-26 yang bertempat di Dewan Tuan Guru Hj. Abd. Samad Noh,Markaz Tarbiyah Pas Perak Air Kuning,Taiping.
Pada muktamar kali ini telah berlansung pemilihan jawatan ketua pemuda setelah penyandang sebelum ini Ust Nor Azli Musa yang telah melepaskan jawatan tersebut kerana telah melepasi had umur kelayakan pemuda.
Ust. Mohamad Zawawi b. Abu Hasan telah diumumkan sebagai pemenang bagi jawatan tersebut setelah dicabar satu lawan satu oleh Saudara Raja Iskandar b. Raja Ismail stelah beberapa orang calon yang turut dicalonkan untuk jawatan ini menarik diri disaat-saat akhir.Ust Mohamad Zawawi sebelum ini menyandang jawatan sebagai naib ketua DPPN.
Bagi jawatan timbalan ketua telah dimenangi oleh Ust Mohd Nuri Al-Amin manakala naib ketua disandang oleh Saudara Salman Salleh.Kedua-dua mereka telah diumumkan memenangi jawatan tersebut setelah tiada pencabar bagi kedua-dua jawatan tersebut.
Sementara itu seramai 10 orang yang terdiri muka lama dan muka baru telah dipilih untuk mengisi jawatan ahli jawatan kuasa pemuda.
Mesyuarat yang bermula jam 9 pagi telah dirasmikan oleh Ust Ramadan Fitri b. Elias,exco DPP Pusat.Turut hadir pada acara perasmian wakil badan perhubungan Pas Negeri,Tn. Hj Rahim,wn akil parti-parti PR dan juga wakil beberapa Ngo tempatan.
Mesyuarat berakhir sekitar jam 6 petang.
-Nur12-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan