Sabtu, 23 Mei 2009

Kesan daripada penghakiman Mahkamah Rayuan semalam

Ada 3 noktah penting yang terkesan hasil daripada penghakiman yang dibuat 3 panel hakim Mahkamah rayuan semalam.
Salah seorang peguam yang mewakili Ds. Nizar,saudara HAnifa Maidin menulis dalam blognya http://peguampas.blogspot.com telah merumuskan 3 perkara berikut:
a. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.
b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).
c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.
Diawal penulisannya untuk posting ini juga beliau ada menyelitkan satu sketsa menarik berhubung politik masa depan negara yang agak menarik untuk dibaca.
-Nur12-

Tiada ulasan: