Khamis, 7 Mei 2009

TAHNIAH SIVAKUMAR!!

Gambar menunjukkan Speaker V.Sivakumar diseret 3 algojo BN.
Tuan Speaker V.Sivakumar,
Bermula dari detik awal persidangan berlansung sehingga kedetik tuan diseret keluar dengan cara tidak bermaruah sekali,tuan telah menunjukkan semangat dan daya juang yang begitu tinggi sekali.
Pada mulanya,saya menjangkakan tuan akan menghadapi kesukaran tahap tertinggi untuk mengendalikan sidang DUN,tp pengalaman jelas membantu tuan.Tuan hampir-hampir berjaya meleburkan impian si GILA KUASA sehinggalah mereka terpaksa menggunakan 'anjing-anjing' belaan mereka untuk manghalau tuan dari kerusi 'keramat' sah milik tuan.
Nama tuan akan terpahat dalam sejarah negeri Perak.Nama tuan akan terpahat dalam sejarah Pakatan Rakyat.Jika tidak pun nama tuan akan terpahat dikalangan pencinta-pencinta dan pejuang-pejuang kebenaran diseluruh pelusuk dan khalayak yang ada.
Dewan Pemuda Pas Kawasan Lumut dengan ini ingin menghantar sekalung ucapan tahniah dan syabas atas semangat dan keberanian yang tuan tunjukkan pada hari ini yang bertarikh 7 Mei.Bagi kami gologan muda,kami begitu kagum sekali dengan tuan.
Sekian.
Nizamuddin Majidi
Ketua Pemuda
DPPKL.

Tiada ulasan: