Rabu, 6 Mei 2009

Menjelang 7 Mei (15): Jangan berhimpun dan pakai baju hitam esok: Musa Hasan


KUALA LUMPUR: Penyokong parti politik diingatkan supaya tidak menimbulkan suasana tegang dengan berkumpul beramai-ramai serta memakai baju hitam ketika berlangsungnya persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, menasihatkan mereka supaya tidak melayan saranan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya memakai baju hitam dan berhimpun sebagai tanda membantah persidangan itu yang dianggap oleh NGO itu sebagai tidak mengikut perlembagaan.

"Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan termasuk menahan mereka yang berhimpun atau menghalang ahli dewan bagi menggagalkan persidangan tersebut.

"Kami akan memastikan tiada sesiapa pun boleh membuat kacau dengan menggagalkan sesuatu yang sudah diluluskan undang-undang," katanya selepas pelancaran Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan di sini, hari ini.

Beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan tindak tanduk individu tertentu yang menyebarkan hasutan itu melalui Internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi tujuan mencetuskan kekecohan dan menghasut mereka supaya membenci kerajaan.

Semalam, seorang aktivis Bersih ditahan kerana menyiarkan kenyataan yang dianggap berbaur hasutan dalam laman blognya.
"Tugas kami adalah untuk menjaga keamanan, justeru kita tidak mahu ada pihak yang cuba menimbulkan sesuatu masalah yang boleh menggugat keamanan. "Perbuatan aktivis terbabit jelas menunjukkan dia sengaja menghasut orang ramai untuk terbabit dalam perhimpunan haram dan menghalang sidang dijalankan," katanya.

- Bernama -

Komen Nur12: Ketua soldadu 'otak loceng' kepala merah bagi amaran kepada seluruh rakyat Malasia jangan pakai baju hitam esok.

Ish..tak masuk akal,mana undang-undang tak boleh pakai baju hitam?

Kalau tak boleh baju hitam tak mengapa,banyak lagi baju warna lain..songkok&kopiah hitam pun ada,boleh pakai juga.

Tiada ulasan: