* kelihatan beberap Adun PR bergelut mempertahan Speaker yan cuba diseret keluar oleh algojo-algojo BN
Zambry sebagaimana dilaporkan Utusan Online hari in berkata "pembangkang serang kami".Beliau diberitakan kesal dengan apa yang berlaku,pada anggapannya tindakan pembangkang begitu biadab dan kurang ajar sewaktu persidangan DUN hari ini.
Persoalannya siapa yang biadab dan siapa yang kurang ajar?
- Zambry dan 6 Adun serta 3 Adun bebas yang telah meletak jawatan telah diarah keluar dewan oleh Tuan Speaker V.Sivakumar sebelum sidang dirasmikan.Speaker telah membuat keputusan bahawa kesemua mereka tidak layak berada dalam dewan yang mulia kerana telah digantung dari menghadiri persidangan Dun.Dan keputusan tuan Speaker ini telah disahkan semasa persidangan bawah pokok tempoh hari.Tindakan Zambry dan beberapa Adun yang diperintah keluar dewan untuk tetap berada dalam dewan adalah begitu biadab sekali dan lansung tidak menghormati Dewan yang mulia.Inilah punca mengapa sidang DUN terlewat untuk dirasmikan oleh Pemangku Sultan,Raja Dr. Nazrin Shah.
- Bekas Adun Jelapang,Hee Yit (Ping) Pong yang bertindak mengendali sidang Dun juga boleh disifatkan amat kurang ajar.Undang-undang mana yang mereka pakai bagi membolehkan Hee mengawal sidang Dun pada ketika Tuan Speaker masih lagi dikerusinya.Speaker Dun Selangor telah menyifatkan tindakan Hee sebagai 'ultra vires'."Terlalu jelas bahawa timbalan speaker telah bertindak secara ultra vires terhadap perlembagaan negeri semasa mempengerusikan sidang yang menyingkir YB Sivakumar sebagai Speaker tatkala Sivakumar masih ada lagi di dalam dewan. Justerteru itu usul menyingkirkan YB Sivakumar tidak mengikut perlembagaan," tulis Teng di dalam blognya hari ini.
- BN amat biadab sekali apabila bertindak mengadakan 2 persidangan dalam 1 dewan.Seperti sembahyang 2 imam dalam satu masjid.Speaker Sivakumar masih lagi terpacak dikerusinya yang sah.Pada ketika itu Adun-Adun BN telah mengerumuni Bekas Adun Jelapang dan memaksanya mempengerusikan sidang Dun untuk meluluskan usul memecat Speaker Sivakumar dan melantik Speaker baru (baca haram).Jelas kelihatan tindakan yang amat terdesak sekali.
- Pembesar suara di meja Tuan Speaker telah dimatikan sejak dari awal lagi.Hanya pembesar suara dikerusi Zamry sahaja yang berfungsi.Angkara siapa?Tuan Speaker adalah 'tuan' di dalam DUN.Pelik apabila 'tuan' sendiri tidak boleh bercakap menggunakan pembesar suara.Dalam masa yang sama si 'Mugabe' bebas bercakap menggunakan pembesar suara.Datuk SS tentu tahu siapa yang begitu biadab dan tidak bertanggung jawab mematikan suis pembesar suara di kerusi Speaker.
- Datuk SS kelihatan cuba masuk campur dalam urusan Sidang DUN.Beliau yang sedari awal kelihatan agak rimas kerana tempat duduknya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri adalah dibelakang kerusi Menteri Besar.Kerusi Menteri Besar pada ketika itu diduduki oleh YB. DS. HJ. NIZAR.Maka kerana itu beliau kelihatan mundar-mandir ke sana ke mari (aksinya jelas terpapar dalam laporan berita TV3 jam 8 malam semalam) ketika Tuan Speaker mengendali sidang Dun.Kedengaran sesekali Speaker memberi amaran kepada tetamu Dun agar berada dikerusi masing-masing kerana menghormati Dun.Dato' SS ingkar arahan Speaker,tetapi akur apabila kesemua Adun PR 'memberi isyarat' agar beliau mematuhi arahan Speaker.Beliau pada waktu itu kelihatan begitu takut sekali.
- Tindakan polis atas arahan BN menceroboh masuk ke Dun amat kurang ajar sekali.Dr. Aziz Bari,pakar perlembagaan yang tidak asing lagi di negara ini berkata “Apa yang kita lihat di DUN Perak pada hari ini sangat memalukan di segi demokrasi di negara kita. Saya fikir ini satu perkara yang salahnya BN sendiri kerana memulakannya. Mereka sepatutnya mengikuti peraturan dan amalan yang biasa dilakukan.“Tindakan menggunakan anggota polis untuk mengusir keluar Speaker dan Adun daripada dewan merupakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita”.Beliau membidas tindakan polis menceroboh masuk DUN Perak untuk mengheret keluar Speaker V.Sivakumar dari Pakatan Rakyat.
Terpulang kepada rakyat untuk menentukan siapa biadab dan siapa kurang ajar.
-Nur12-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan