KOTA BHARU, 9 Mei (Hrkh) - Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman yang baru seminggu menang jawatan Yang Dipertua PAS Kuala Krai, hari ini dinobat pula sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan.
Beliau mengatasi Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz pada pertandingan dua penjuru sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Kelantan kali ke-50 di Perdana Resort.
Manakala Adun Pasir Tumbuh, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah pula menang tanpa bertanding Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan.
Seorang peguam, Hisham Fauzi pula menang jawatan naib ketua. Jawatan itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru kesemua dari golongan profesional.
Berdasarkan hierarki tersebut jelas golongan profesional semakin mendapat tempat memandangkan pada penggal lalu, kesemua tiga jawatan utama dewan pemuda negeri diterajui ulama muda.
Pengumuman keputusan tersebut dibuat pengerusi urusetia pemilih, Haji Samsuddin Mat Daud mewakili PAS Kota Bharu yang dilantik sebagai pengendali pemilihan, kira-kira jam 4.30 petang tadi.
Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS, Mohd Zaki Ibrahim tidak mempertahankan jawatan memadangkan sudah melepasi had usia dibenarkan.
Bagaimanapun perwakilan sebulat suara bersetuju mencalonkan Timbalan Speaker Dun Kelantan itu bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
Pada pemilihan tersebut Mohd Azmi Noor kekal sebagai pengerusi tetap dan timbalannya Ustaz Zamri Mat Yusof.
Anggota jawatankuasa yang dipilih iaitu Harun Ismail, Borhanuddin Ahmad, Mahussin Isa, Ahmad Fadli Saari, Hafiz Musa, Ahmad Najib Deris, Wan Azimin Wan Adnan, Azariza, Mohd Nazlan Mohd Hasbullah dan Mohd Fitri Omar.

-Harakahdaily-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan