* gambar dari blog cina ialam
Jam 6 petang kemarin,Yb Nizar dan Yb Idham Lim telah dijemput untuk memberi penjelasan kepada pimpinan Pas berkenaan 'kekecohan' yang berlaku pada sidang Dun beberapa jam sebelum itu.
Antara isi taklimat yang disampaikan :
Pihak Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf Speaker Haram, Ganeson.
- PR akan terus berusaha melalui Sultan Perak memohon agar DUN Perak dibubarkan.
- Kira-kira 400 orang polis telah masuk ke dalam dewan melakukan keganasan di dalam dewan yang mulia.
- Kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat telah dikasari dan dizalimiADUN Aulong, seorang OKU tidak ketinggalan diangkat oleh anggota polis secara kasar.
- Ada ADUN yang telah dipijak perut dan sebagainya kerana mempertahankan speaker Sivakumar.
- Peranan jahat SUK memasukkan SB-SB ke dalam dewan yang mulia.
- Pimpinan PR akan segera turun ke kawasan memberi penerangan kepada rakyat tentang isu ini.
- Speaker Sivakumar telah diheret dan dikurung di dalam stor bangunan dewan selama satu jam.
- Titah ucapan Raja Nazrin menyentuh aspek rangsangan ekonomi dan langsung tidak menyentuh isu politik Perak.
-Nur12-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan