Khamis, 14 Mei 2009

Isu Perak: Mahathir saran undi tak percaya,pilihanraya sukar buat BN

CYBERJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) mengemukakan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin jika mempunyai suara majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Beliau berpendapat, BN akan kalah jika DUN dibubarkan untuk memberi laluan bagi pilihan raya baru.
"Kalau nak buat pilihan raya, kita sudah tahu apa kesudahannya.
"Pakatan akan menang jadi mengapa kita nak adakan pilihan raya, tapi itu hanya pandangan saya. Saya tak buat apa-apa survey, undian. Ia hanya pandangan saya selepas melihat perkembangan di Bukit Gantang dan juga cakap-cakap dengan orang," katanya selepas menyampaikan ucapan bertajuk 'Malaysia - Today Knowledge Economy' di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai cadangan beberapa pihak untuk mengadakan pilihan raya negeri bagi menyelesaiakn krisis di Perak.
Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, rakyat hari ini sudah bosan dengan pilihan raya kecil.
"Rakyat 'sakit' dengan pilihan raya...lagipun ia akan menggunakan wang yang banyak untuk pilihan raya," katanya.
Mengulas lanjut mengenai krisis pertukaran Menteri Besar di Perak yang masih belum selesai, beliau berkata, isu itu perlu diselesaikan dengan segera kerana ia akan memberi pandangan yang negatif terhadap dunia luar.
"Tak elok bile dunia asyik tengok kita sentiasa bertukar Menteri Besar di Perak.
"Mula-mula kata anda bukan lagi Menteri Besar.
"Esok pula kata, keputusan itu tak boleh digunapakai lagi, perlu beri masa...ini macam permainan musical chair...ia tak baiki," katanya.
-Mstar-
Komen Nur12: Kepada Dr.M,lambat laun pilihanraya menjelma juga.Usah takut berhadapan rakyat.Serah kepada rakyat untuk buat keputusan.Jangan pentingkan diri sendiri.

Tiada ulasan: