Khamis, 7 Mei 2009

TERKINI DARI BANGUNAN SUK,IPOH.

4.10 PTG

Sidang DUN ditangguh sebentar tadi pada jam 4.05 minit

4.05 PTG

RAJA NAZRIN SELESAI BERTITAH,PERKENAN UNTUK BERSALAM DENGAN SEMUA ADUN

Setelah menghabiskan titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Nazrin bercakap dengan menggunakan pembesar suara dan katanya "beta hendak bersalam dengan semua ADUN".Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh DS. Nizar. sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN.Raja Muda perak sesudah itu meninggalkan Maajlis, dengan diiringi oleh DS. Nizar yang difahamkan Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja.
3.25 PTG

RAJA MUDA PERAK MASUK KE DEWAN

Semasa Raja Muda Perak, Raja Nazrin masuk ke dewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa.Lalu Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan DS. Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka.Apabila turun DS. Nizar memohon kami untuk duduk di kerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda.Sebelum Sidang bermula sekali DS. Nizar merafak sembah meminta semua pasukan pengawal yang beruniform dan berpakaian biasa untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar.Sekarang ini Raja Nazrin sedang memberikaan ucapan perasmian.


3.13 PTG

ORANG TIDAK DIKENALI MASUK DEWAN

Saya tidak dapat mengagak siapakah orangnya yang telah menceroboh masuk tanpa kebenaran bagi menjayakan usaha rampasan kuasa yang dilakukan BN pada hari ini, demikianlah malangnya sejarah yang dialami oleh rakyat Perak pada hari ini.Ganesan apabila berada dikerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan.Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar.Namun arahan itu tidak di patuhi oleh 2 ADUN berkenaan.-(YB IDHAM LIM)


3.00 PTG

BN RAMPAS KERUSI SPEAKER

Sejarah baru dilakar lagi dengan tindakan pihak keselamatan menceroboh masuk dan membantu BN untuk merampas kerusi speaker.Speaker Haran, Ganesan mengendalikan sidang dengan meja speaker di kawal ketat oleh pasukan yang berpakaian kemas yang tidak dikenali siapa mereka.


2.20 PTG

POLIS MASUK CAMPUR
Polis sekitar 20 orang masuk campur termasuk yang berpakaian seragam menceroboh ke Dewan Perak yang mulia.Terdapat usaha merampas kerusi Speaker.



2.00 PTG

Sidang yang ditangguhkan sejak sejam yang lepas akan dimulakan bila-bila masa. Jangkaan seterusnya amat sukar untuk dipastikan setakat ini.Menurut maklumat yang saya terima Raja Muda Perak masih berada di kamar Diraja untuk menerima isyarat bagi merasmikan sidang pada hari ini.Kekecohan mengenai status 3 katak dan 7 ADUN yang digantung mewarnai perjalanan DUN Perak pada hari ini.



1.05 TGHARI

Speaker haram sekali lagi gagal untuk mengendalikan sidang dengan jawatannya yang disandangnya secara tidak sah apabila diganggu oleh semua ADUN PR dengan laungan "Ular" sehingga menenggelamkan suara Ganesan walaupun menggunakan pembesar suara yang cuma dibuka untuk kerusi ADUN yang dipinjammnya.Inilah tindakan sabotaj yang tidak bertanggung jawab sedangkan Speaker yang sah sejak tadi pembesar suarnya tidak berfungsi.Kerana gangguan itu menyebabkan beliau mengagguhkan lagi sidang selama satu jam.



12.55 TGHARI

Speaker sivakumar disabotaj kerana sejak tadi pembesar suaranya ditutup oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Selain itu dia berulang kali menghalau keluar tanpa pembesar suara, supaya Ganesan keluar dari dewan.


12.45 TGHARI

SPEAKER HARAM CUBA JALANKAN SIDANG,DIHALANG ADUN PR

Speaker haram cuba menjalankan tugasnya sebentar tadi tetapi dihalang oleh ADUN Pakatan Rakyat.Hampir belaku pergaduhan antara sorang ADUN BN dan ADUN PR dalam pertikaman lidah tadi dan dewan kembali kecoh dan tidak menentu. Speaker masih dikerusinya.Speaker mengarahkan Ganesan keluar dewan dengan kuasa yang ada padanya.



12.25 TGHARI

SPEAKER V.SIVAKUMAR TETAP TIDAK BERGANJAK DARI TAMPAT DUDUKNYA

Speaker umumkan semua usul telah ditolaknya di dalam kamar bertarikh 7 Mei dan sementara itu Zambry mengusulkan sidang ditangguh sejam dan diterima oleh sidang haram iaitu selama sejam sebagaimana yang diumumkan oleh Speaker haramnya.Dewan menjadi senyap setelah sidang haram berakhir beberapa minit yang lepas.



11.15 PAGI

BN mulakan sidang haram.Sekarang ada 2 persidangan dalam 1 Dewan.



11.00 PAGI

BN RAMPAS KUASA SPEAKER,GANESON DICALONKAN SPEAKER BARU
ADUN BN sedang mengerumuni Adun Jelapang dalam dewan semacan sidang bawah pokok untuk cuba merampas kuasa speaker.Keadaan menarik itu disaksikan oleh semua adun PR dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan tamu yang hadir.Dalam sidang "haram" mereka telah melantik calon yang dicadangkan bekas adun Sungkai, Ganesan.

Suasana Dun Perak ketika ini,kelihatan semua Adun sedang bangun..ehsan dari Yb Idham Lim.



10.45 PAGI

Arahan Speaker masih belum dipatuhi.

Sidang masih tidak dapat dimulai, DYTM Raja Muda Perak masih dikamar Diraja menunggu suasana dewan yang kecoh tenang kembali.Sementara iru Speaker berulangkali keputusan mengantung dilakukan oleh JK Hak dan Kebebsan, itu bukan keputusan saya. saya tidak boleh ingkar kepada keputusan yang dibuat oleh JK yang dilantik dalam dewan ini.Cubaan berulang kali BN untuk mengusulkan perlantikan baru diterima dengan sorakan ADUn PR dan penolakan oleh Speaker disebabkan sidang belum dimulai dan pembawa dan penyokong usul adalah dari pihak yang telah digangtung oleh speaker.


Yb Zuraida dan Yb Salahuddin ketika ditahan polis.



10.20 PAGI

Suasana masih kecoh di dewan.Speaker terus mendesak Zambry dan 6 exco serta 3 Adun keluar Dewan dengan segera.Speaker tegaskan keputusannya adalah muktamad dan tidak akan benarkan persidangan bermula selagi mereka terbabit tidak keluar Dewan.

Bravo tuan Speaker!!



10.10 PAGI

Suasana panas bermula.

Speaker mendesak MB dan 6 Exco Kudeta serta Adun Behrang,Ckt Jering dan Jelapang keluar Dewan serta merta dan beliau tidak akan mulakan persidangan jika mereka masih ingkar.

Pemangku Sultan Perak,Raja Nazrin belum memasuki dewan.



10.05 PAGI

Kesemua Adun telah memasuki dewan dan didapati nama dan tempat duduk telah berubah.

Yb Idham Lim memaklumkan-kami mencabut semua tanda nama dan juga diikuti dengan ADUN BN yang tidak membantah.

Kedudukan Adun-Adun sekarang sama seperti kedudukan semasa PR memerintah Perak.



9.40 PAGi

Yb Idham Lim memaklumkan kesemua Yb Pakatan sedang menunggu di pintu Dewan persidangan.Polis yang bertugas memaklumkan dewan akan dibuka jam 9.45 pagi.

Hampir 50 anggota polis sedang berkawal didua pinti masuk ke tempat persidangan.

Apakah akan berlaku apabila pintu dibuka? Sama-sama kita tunggu.



9.25 PAGI
16 orang Adun Pakatan dilarang masuk ke Dewan oleh polis.Yb Idham Lim memberitahu walaupun alasan untuk meletak barang diberikan tapi polis tetap tidak izinkan mereka masuk.
Kesemua Yb sedang menunggu untuk acara perbarisan.


8.50 PAGI

Ahli Parlimen Ampang Yb Pn Zuraida Kamarudin,ADUN Teratai (Selangor) Janice Lee dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong ditahan polis di pintu masuk bangunan SUK kerana berpakaian hitam. Bersama mereka beberapa orang lelaki yang berpakaian hitam turut ditahan.

Sementara MB NIzar dan seluruh Adun Pakatan telah bergerak ke Dewan sewal jam 8.20 pagi.

Tiada ulasan: