YAB Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat yang mendapat mendapat pengesahannya di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin kembali meninggalkan pejabatnya yang dimasuki mulai hari ini setelah Mahkamah Rayuan mebenarkan pemohonan Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan , Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali hari ini yang membenarkan permohonan Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu.
YAB DS. Muhammad Nizar Jamaluddin sedang memberikan taklimat tentang perkembangan terkini mengenai Kerajaan Negeri Perak berikutan mengenai keputusan terkini Mahkamah . Hadir dalam taklimat penting ini ialah dikalangan Pimpinan Pakatan Rakyat dan semua ADUN Pakatan Rakyat.
YB KHALIL IDHAM LIM
ADUN TT. SERONG.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan