Selasa, 12 Mei 2009

NIZAR&EXCO MASUK PEJABAT,Zambry fail rayuan




IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama lapan Exconya memasuki bangunan SUK pagi tadi - kira-kira 16 jam selepas mahkamah mengisytiharkan beliau Menteri Besar Perak yang sah.
Mereka dibenarkan melepasi pintu pagar bangunan itu, yang dikawal ketat oleh pasukan FRU sejak petang semalam, pada pukul 7.31 pagi.
Tahap kawalan tidak begitu ketat berbanding apa yang disaksikan Khamis lalu. Bilangan anggota pasukan FRU dilurangkan separuh menjelang 9 pagi tadi.
Ketika Nizar memasuki bangunan SUK sekumpulan penyokong Pakatan berhimpun di kawasan berhampiran.
Pasukan keselamatan hanya membenarkan Nizar dan Exco memasuki kawasan dalam premis tersebut. Media dilarang.
Ia merupakan urusan rasmi kedua sejak keputusan mahkamah petang semalam.
Tengah malam tadi beliau mempengerusikan mesyuarat Exco di pejabat PAS Perak, yang terletak berhampiran dengan bangunan SUK.
Turut bersama rombongan itu pagi ini ialah V. Sivakumar yang Khamis lalu disingkirkan oleh Barisan Nasional (BN) daripada kedudukan Speaker DUN.
Selepas berada di bangunan SUK kira-kira 15 minit Nizar keluar untuk menuju ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk menghadiri majlis pengurniaan pingat oleh Pemangku Raja Perak Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah.
Dalam pada itu, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memfailkan rayuan berhubung keputusan mahkamah semalam.
Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang ke-11 pada 5 Februari lalu.
Pembantu Zambry ketika dihubungi berkata, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak itu berada di rumah beliau.
-Mstar-

Tiada ulasan: