Sabtu, 9 Mei 2009

Pemuda 'gempur' Sg. Pinang,Pulau Pangkor.

Sekitar lawatan Ajk Dppkl ke Sg. Pinang,Pulau Pangkor
6.30 petang - 1.30 pagi.
ketika di atas feri,pengangkutan utama ke Pulau Pangkor..


Antara Ajk Dppkl yang hadir..saudara S/u dan Mus'ab

Ketua Pemuda cawangan sedang mencatat sesuatu disaksikan pemuda-pemuda yang lain.


antara pemuda Sg. Pinang yang hadir..turut kelihatan Ketua Cawangan,Saudara Awis

Af. Ust Halim Nasir sedang menyampaikan ceramah..

dialog antara Ajk Dppkl dan Jpc Sg. Pinang.

antara muslimat yang hadir

kanak-kanak riuh sekampung...

antara para hadirin yang terdiri penduduk Kg. Sg Pinang,turut kelihatan 'camera-man' yang tak diundang..takpalah dah keja dia nak buat cam mana..

khusu' mendengar ceramah


pemandu bot yang menghantar kami pulang ke jeti Lumut

Setelah program selesai,bertolak balik ke Lumut menaiki bot sampan jam 1.30 pagi,meredah lautan Lumut,mencabar beb..


Pada petang kelmarin (8/5/09) beberapa Ajk Dppkl telah turun ke cawangan Sg. Pinang,Pulau Pangkor bagi memenuhi beberapa program yang telah diaturkan.

Antaranya perjumpaan dengan ahli Jpc Sg. Pinang dan Majlis Ceramah Perdana Anjuran Pas Cawangan Sg. Pinang.Penceramah jemputan ialah Af Ustaz Halim Nasir dari Sungai Petani,Kedah.

Pada program perjumpaan dengan dengan ahli Jpc tersebut seperti biasa telah diadakan sesi taklimat berkaitan program kepemudaan dan hal-hal keahlian dan sedikit perbincangan 2 hala antara Ajk Dppkl dan Jpc Sg. Pinang.Program bermula sejurus selepas solat Isya.

Ajk Dppkl diketuai sendiri oleh ketuanya Saudara Nizamuddin Majidi.Turut hadir ketua cawangan Pas Sg. Pinang saudara Awis Hussin dan ketua pemudanya.

Sementara dalam waktu yang sama Pas cawangan Sg. Pinang telah mengadakan ceramah umum berkaitan isu-isu semasa khususnya isu berkaitan umat Islam.Ceramah telah disampaikan oleh Af. Ust Halim Nasir.Beliau sememangnya tidak asing bagi penduduk di sini memandangkan sebelum ini beliau pernah menetap di Lumut.Majlis diadakan di perkarangan surau Nurul Hidayah,Sg. Pinang .Seramai hampir 200 orang penduduk tempatan hadir mendengar ceramah tersebut.
-Nur12-

1 ulasan:

Unknown berkata...

Well done better than well said. Congrate to all DPPKL! Kuatkan dakwah, sebarkan kebenaran. Kasihan kawan kita diserang anjing lapar ketika menjamah jamuan makan di dwn nan hwa.