Alhamdulillah sehingga pagi ini saya mendapat bukti dan petunjuk lebih jelas mengenai perkhidmatan bomoh yang telah di bawa masuk ke dalam Dewan Negeri. Saya mengulangi sekali lagi pendirian saya sekali lagi untuk berkerja sama dengan semua pihak yang ingin melakukan siasatan mengenai kes ini supaya dapat menjelaskan kepada masyarakat siapakah sebenarnya yang menggunakan bomoh BN atau Pakatan Rakyat.
Selain itu saya juga berterima kasih dengan sokongan dan semangat yang diberikan oleh pendokong kebenaran dari seluruh negara kepada saya dalam kes ini. Ahli politik Ngo dan antaranya termasuklah sebuah pertubuhan OKU yang kebetulan saya menjadi penasihatnya, Pengerusinya menalipon saya kelmarin menyatakan 300 ahli OKU dalam persatuan itu berdiri teguh di belakang saya dan sanggup bersama saya ke mahkamah .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan