Khamis, 28 Mei 2009

DUN MANEK URAI: Pilihanraya kecil 14 Julai


PUTRAJAYA: SPR menetapkan 6 Julai ini sebagai hari penamaan calon pilihan raya kecil kerusi DUN Manek Urai, Kelantan.
Jika ada pertandingan, pengundian akan berlangsung 14 Julai.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di sini hari ini.
Menurut beliau, penetapan tarikh itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk keupayaan pegawai-pegawai SPR untuk menyediakan daftar pemilih yang lengkap, aspek logistik, masa yang mencukupi utk petugas-petugas, aspek keselamatan dan mengambil kira peristiwa-peristiwa lain khasnya di Kelantan.
Abdul Aziz berkata, walaupun hari penamaan calon dan pengundian ditetapkan pada hari bekerja namun ia tidak menimbulkan sebarang masalah kerana 90 peratus pengundi adalah penduduk tempatan yg tinggal di kawasan tersebut dan bekerja sendiri.



MAKLUMAT PILIHAN RAYA KECIL DUN MANEK URAI


Tarikh keluar writ: 1 Jun 2009 (Isnin)

Tarikh keluar notis: 7 Jun 2009 (Ahad)

Tarikh penamaan calon: 6 Julai 2009 (Isnin)

Tarikh pengundian: 14 Julai 2009 (Selasa) *jika ada pertandingan

Pegawai pengurus: Adnan Husin (Ketua Jajahan Kuala Krai)

Jumlah pemilih berdaftar: 12,293 pemilih berdaftar terdiri daripada 12,268 pemilih biasa dan 25 pemilih pos

Pusat penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi: Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.


-Mstar Online-

Tiada ulasan: